You are currently viewing NAK “GROWTH”KAN BISNES KENA ADA AHLI PASUKAN

NAK “GROWTH”KAN BISNES KENA ADA AHLI PASUKAN

Sebahagian dari proses untuk “growth”kan bisnes adalah dengan adanya ahli pasukan. Pasukan anda boleh dimulakan yang terdiri dari pekerja separuh masa atau menjadi agen anda. Mengikut kesesuaian jenis perniagaan anda.

Bila anda serius untuk mengaji pekerja berkenaan salah satu proses yang anda kena ketahui adalah PROSES AMBIL PEKERJA. Dengan mengetahui sedikit sebanyak maklumat ini, proses memilih boleh di lakukan seawal peringkat yang boleh dan anda boleh “groom”kan calon tetap ahli pasukan anda. Mereka ini perlukan masa untuk mengusai cara kerja dan budaya kerja anda. Panduan ini anda haruslah sesuaikan dengan syarikat anda. Ini hanyalah panduan am yang di sediakan sebagai garis panduan.

Pengrekrutan, pengambilan dan pemilihan pekerja merupakan fungsi yang amat penting dalam mana-mana organisasi. Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah syarikat mahupun organisasi dilakukan untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Sebenarnya tujuan asal pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian. Gatewood dan Feild (1994) serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003) mendefinisikan pengambilan dan pemilihan pekerja sebagai proses mengumpul dan menilai maklumat berkaitan individu dalam proses menawarkan pekerjaan. Pengambilan pekerja baru melibatkan beberapa proses seperti merekrut, pemilihan, penawaran kerja dan induksi. Semakin lama kita melakukan proses ambil pekerja, semakin berpengalamana dan akan semakin kualiti pekerja yang kita akan dapat.

Proses pertama dalam pengambilan pekerja adalah proses merekrut. Pengrekrutan ialah proses mencari atau mendapatkan dan menggalakkan individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan. Ia bertujuan untuk membolehkan pengurus memilih calon yang terbaik daripada sekumpulan calon yang memohon sesuatu jawatan. Sumber pengrekrutan terdiri dari sumber dalaman dan luaran. Pengrekrutan sumber dalaman boleh dibuat melalui pengumuman kerja di papan kenyataan, risalah syarikat atau e-mel, pencalonan daripada majikan atau rujukan pekerja. Pengrekrutan sumber luaran pula boleh dibuat melalui tiga kaedah iaitu pengiklanan jawatan kosong di media massa dan media cetak, permohonan sendiri oleh calon dan rujukan pihak tertentu.

Proses kedua dalam pengambilan pekerja adalah proses pemilihan. Pemilihan merupakan satu proses menilai dan memilih calon paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan. Proses pemilihan melibatkan tiga (3) langkah utama iaitu menghantar resume lengkap dan mengisi borang permohonan, semakan rujukan dan temuduga. Langkah pertama, calon dikehendaki untuk menghantar resume lengkap kepada bahagian sumber manusia terlebih dahulu untuk memohon sesuatu jawatan. Resume dapat digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latarbelakang dan kelayakan calon, memastikan maklumat yang dikemukakan oleh calon selaras dengan huraian kerja dan menjadi sumber rujukan untuk keperluan syarikat sekiranya calon diambil bekerja. Langkah kedua adalah melakukan semakan rujukan dengan menghubungi perujuk yang diberi oleh calon untuk mengesahkan maklumat yang diberi dalam borang permohonan. Perujuk boleh terdiri dari penyelia di organisasi terdahulu atau bekas tenaga pengajar yang mengenali calon. Langkah ketiga ialah temuduga yang biasanya dilakukan oleh syarikat secara bersemuka antara calon dan majikan. Tujuan temuduga dijalankan adalah untuk menguji kemahiran komunikasi, melihat penampilan diri pemohon dan mendapatkan maklumat tambahan pemohon yang tiada dalam resume. Temuduga boleh dilakukan dengan beberapa cara, iaitu temuduga berstruktur yang melibatkan soalan standard untuk semua calon dan temuduga tidak berstruktur yang melibatkan soalan lebih terbuka dan subjektif.

Proses ketiga dalam proses pengambilan pekerja ialah penawaran kerja. Tawaran kerja akan dibuat kepada calon yang layak setelah pemilihan dibuat melalui surat rasmi atau panggilan telefon. Calon perlu mengesah sama ada menerima tawaran kerja tersebut atau tidak dalam satu tempoh yang ditetapkan. Jika calon menerima tawaran kerja tersebut, surat tawaran kerja yang mengandungi syarat-syarat perkhidmatan akan dihantar. Syarat-syarat ini akan menjadi satu kontrak pekerjaaan yang dikenali sebagai kontrak perkhidmatan. Undang-undang mengenai pekerjaan hanya akan mengiktiraf pekerja yang ada kontrak perkhidmatan dalam menentukan hak dan tanggungjawab mereka. Antara kandungan yang ada dalam kontrak perkhidmatan ialah jawatan yang ditawarkan, tarikh mula bekerja, gaji, faedah-faedah sampingan, waktu dan tempat bekerja, peraturan dan syarat kerja, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) serta cuti tahunan dan cuti sakit.

Proses keempat dalam proses pengambilan pekerja ialah induksi. Induksi adalah satu program orientasi untuk memberi pendedahan awal kepada pekerja baharu supaya mereka dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baharu dalam syarikat. Tujuan program induksi adalah untuk mengurangkan perasaan cemas dan bimbang di kalangan pekerja baharu serta memberi keselesaan kepada mereka; membolehkan pekerja baharu menjalankan tugas dengan lancar dan berkesan; memupuk perhubungan yang mesra dengan pekerja lain dalam syarikat dan meningkatkan keyakinan bekerja dan membentuk tanggapan positif terhadap syarikat. Antara kandungan program induksi ialah latar belakang syarikat seperti struktur syarikat, polisi dan peraturan, sejarah, budaya dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikat; spesifikasi tugas dan tanggungjawab utama serta hubungan dengan tugas-tugas bahagian lain; ganjaran dan faedah seperti bonus, elaun kerja lebih masa, faedah-faedah seperti perubatan, cuti bersalin dan sebagainya dan pengenalan kepada rakan kerja, penyelia, ketua jabatan dan pengurus atasan.

Bergantung kepada taktik bisnes anda dan keupayaan anda. Sekiranya anda sanggup luangkan masa untuk latih ahli pasukan anda dari peringkat awal, anda boleh ambil pekerja yang tiada pengalaman. Sekiranya anda berkebolehan dan menguasai pemasaran dan jualan, di cadangkan anda ambil pekerja yang handal untuk bantu anda. Ianya mampu jimatkan masa dan pertumbuhan syarikat anda akan menjadi lebih cepat. Sekiranya tiada kemampuan, tawarkan menjadi rakan kongsi anda. Manatahu dia terima, dan anda boleh bangunkan sama-sama syarikat anda.

p/s: Kongsikan artikal ini sekiranya bermanfaat. Bantu kami sebarkan ilmu ini.!!!

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply