PERMULAAN PERNIAGAAN MILIK TUNGGAL / PERKONGSIAN

Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957. Dua (2) bentuk perniagaan:

  1. Perniagaan Tunggal – Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
  2. Perniagaan Perkongsian – Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi


Persediaan Mendaftarkan Perniagaan

1. Pemilik seharusnya mempunyai cadangan nama yang telah dibuat keputusan.

2. Senarai pendek 3 nama perniagaan. Tapi kalau ada lebih pilihan lebih baik.

3. Nama harus meliputi aspek branding dan jangka masa perancangan perniagaan anda. Kerana ianya memainkan peranan penting dalam meletakkan anda di pasaran.

4. Bank yang hendak digunakan juga harus di buat “servey”. Perlu cari bank yang memenuhi kehendak operasi anda dan juga menyokong perancangan anda masa depan. Usahawan perlu gunakan kelebihan bank sewaktu mereka hendak berkembang. Bank pula terdorong untuk berikan keutamaan kepada pelanggan mereka. Cari bank yang bersesuaian dengan anda.

5. Bagi kategori perkongsian harus pertimbangkan lebih lagi dari aspek kelangsungan bisnes. Siapa founder siapa pengusaha. Dan mungkin siapa sleeping partner. Untuk lebih selamat sekiranya anda mempunyai pekongsi lelap, wujudkan sebuah brand yang tiada kaitan dengan nama perniagaan sedia ada. Ianya lebih selamat bagi jangka masa panjang.


Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?

1. Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.

2. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM atau secara dalam talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online di ezbiz.ssm.com.my.

3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) . Rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred
(i) Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
(ii) Nama Tred – Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42).  Rujuk Panduan Permohonan Nama Perniagaan.

4. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

5. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun  dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.


Siapa yang boleh menghantar permohonan?

Pemilik Perniagaan/Semua rakan kongsi

Berapa yuran yang dikenakan?

Nama tred – RM60 setahun
Nama sendiri – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan

Bila Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi?

1 jam dari masa bayaran


p/s: Artikel meliputi konten dari page SSM dan juga penulis blog ini. Facebook / IG : RegisterSdnBhd.

Berminat menubuhkan syarikat ? Whatsapp kami sekarang. >>Tekan Sini <<

Leave a Reply

Close Menu