SETIAUSAHA SYARIKAT

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SYARIKAT DEFINISI | Sebelum berkongsi panjang berkenaan tanggungjawab setiausaha syarikat, setiausaha syarikat adalah individu atau syarikat yang menjadi tulang belakang dalam penubuhan dan dokumentasi penubuhan syarikat Sdn Bhd. Dalam erti kata lain setiausaha syarikat pada masa peringkat awal mereka terlibat dengan menubuhkan syarikat yang di kehendaki dan menyiapkan segala dokumentasi yang berkaitan untuk di serah simpan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bermula saat itu maka tugas sebagai setiausaha syarikat berjalan.

TANGGUNGJAWAB | Setiausaha syarikat berperanan dalam membimbing dan memberi panduan nasihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan syarikat sdn bhd dan juga lembaga pengarah. Untuk makluman pengarah berfungsi untuk mengerakkan bisnes yang di jalankan. Makanya apa-apa ketidakpatuhan akan di pertanggungjawabkan atas pengarah. Jadi setiusaha syarikat bertanggungjawab membimbing pengarah terhadap pematuhan syarikat Sdn Bhd.

TANGGUNGJAWAB | Sekiranya syarikat yang di daftarkan mempunyai Memorandum dan Artikel ( M&A ) , setiausaha syarikat haruslah memahami segala butirannya. Peraturan dan perlembangaan yang tertera dalam M&A kadang-kadang berbeza bagi setiap syarikat. Oleh yang demikian setiusaha syarikat juga harus memastikat pengarah syarikat paham dan jelas butiran M&A yang berkenaan.

TANGGUNGJAWAB | setiausaha syarikat haruslah berkebolehan dan memahami akan perkara yang berkaitan dengan undang-undang syarikat iaitu akta syarikat 2016 serta peraturannya. Sebarang ketidakpatuhan boleh mengakibatkan pengarah didenda sehingga boleh mengakibatkan di senarai hitam oleh pihak suruhanjaya syarikat Malaysia. Jadinya harus berwaspada.

TANGGUNGJAWAB | Setiausaha syarikat juga harus memastikan setiap dokumen asal yang di simpan oleh setiausaha syarikat adalah sama dengan salinan yang di berikan seperti yang tertera di dalam buku berkanun, buku pendaftaran dan dokumen setiausaha syarikat.

TANGGUNGJAWAB | Setiausaha Syarikat perlu memastikan bahawa sebarang perubahan di dalam maklumat berkanun hendaklah telah lengkap sepenuhnya selaras dengan borang-borang yang berkaitan dan juga pedaftaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dalam tempoh yang telah di tetapkan.

TANGGUNGJAWAB | Setiausaha Syarikat perlu memberi peringatan akan hal-hal yang menjadi kewajipan Sdn Bhd contohnya penyediaan laporan kewangan beraudit dan penyerahan maklumat berkenaan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia. JADINYA anda rasa berbaloi kah fee setiausaha syarikat yang di kenakan yang kebiasaanya sangat rendah, bermula dari RM70 keatas kebiasaanya mengikut penetapan oleh setiausaha syarikat anda. Berapa pon kadar yang di kenakan ianya adalah berkaitan risiko dan tanggungjawab mereka.

Bagi Millionmind aka RegisterSdnBhd sebagai BONUS kami menyediakan sesi latihan pendek untuk memastikan setiap pematuhan serta ada pengembangan bisnes anda. Rujuk Fb Page RegisterSdnBhd untuk perkembangan terkini atau wasap terus pejabat kami 01136288769. # RegisterSdnBhd #Millionmind4u

Berminat menubuhkan syarikat ? Whatsapp kami sekarang. >>Tekan Sini <<

Leave a Reply

Close Menu