You are currently viewing KELEBIHAN SDN BHD?

KELEBIHAN SDN BHD?

Lebihnya sdn bhd sebab ada laporan audit. laporan ni yang menyatakan prestasi sdn bhd dan disahkan oleh pihak yang bertauliah. Berbanding enterprise tiada pengesahan di buat oleh pihak bertauliah.

Senang Buat Loan

Lebihnya sdn bhd sebab ada laporan audit. laporan ni yang menyatakan prestasi sdn bhd dan disahkan oleh pihak yang bertauliah. Berbanding enterprise tiada pengesahan di buat oleh pihak bertauliah.

Laporan dan data-data yang di sediakan berdasarkan piawaian tertentu, jadi meningkatkan keyakinan pihak bank ke atas data yang di berikan. Pembiayaan yang di buat oleh Sdn Bhd tiada had berdasarkan kemampuan yang di miliki, walaubagaimana pon bagi enterprise, sehebat mana pon anda, bagi pembiayaan ada hadnya tersendiri dari segi jumlahnya.

Boleh dipindah milik dan diwarisi

Bagi Sdn Bhd, setiausaha syarikat membantu pengurusannya. berbanding Enterprise. Bila owner meninggal, perniagaan termati dengan semdirinya. Berbanding Sdn Bhd akan di bantu oleh setiausaha syarikat untuk pindahan pemilikan. Dan boleh di warisi. Sampai suatu ketika, sekiranya pemilik tidak mahu teruskan syarikat yang di miliki, boleh pidah milik dengan nilai tertentu berdasarkan tahun penubuhan, asset yang dimiliki, serta factor-faktor lain, yang mana nilainya lebih berbaloi berbanding Enterprise.

Lebih terurus dan dipercayai

Sdn Bhd tertakluk pada undang2 nya sendiri beserta dengan pematuhannya. Pengurusan dokumentasi dan yang berkaitan di bantu oleh professional. Pengurusan dokumentasi pematuhan syarikat di sokong oleh Setiausaha Syarikat, Penyediaan laporan kewangan pula di sokong oleh akauntan dan juruaudit manakala perihal percukaian di sokong oleh agen cukai.

Liabiliti terasing dari pemiliknya

Syarikat dan pemilik adalah 2 pihak yang berlainan. Dalam kes bila di saman oleh pembekal atau customer untuk sebarang implikasi, kes saman tersebut hanya terhad kepada syarikat. Dalam situasi sekarang, risiko makin besar, saman menyaman sudah menjadi kebiasaan. Malag juga tidak berbau. Langkah-langkah proaktif perlu di ambil bila kita sudah makin serius berniaga dan ingin bina legasi.

Dapat kembangkan lagi bisnes

Dengan adanya pengarah dan pemegang saham, banyak yang boleh di lakukan dan di kembangkan melalui susunan kumpulan tersebut. Pengarah ada peranannya sendiri begitu juga pemegang saham. Pengarah yang bagus perlu juga berganding dengan keperluan dari segi modal iaitu tugas pemegang saham memodalkan syarikat untuk hasilkan impak yang lebih tinggi bagi syarikat yang di usahakan.

Pematuhan lebih ketat

Perkembangan terbaru mengenai pematuhan syarikat adalah dari segi penekanan terhadap pematuhan yang lebih ketat oleh pihak LHDN, SSM dan juga KASTAM. Sekiranya kita lihat kejayaan syarikat besar adalah berdasarkan tadbir urus yang baik. Penekanan terhadap faktor pematuhan adalah secara tidak langsung memberi latihan kepada usahawan untuk mengikuti SOP bagi sebuah syarikat yang maju, berstruktur dan yang berkembang maju.


Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi kami dengan membuat temujanji atau boleh klik ikon wasap yang tertera di laman sesawang kami

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply