You are currently viewing SETIAUSAHA SYARIKAT

SETIAUSAHA SYARIKAT

SYARIKAT SDN BHD kebiasaannya urusan penubuhan di uruskan oleh SETIAUSAHA SYARIKAT. Setiausaha syarikat adalah mereka yang berlesen dengan pihak SSM untuk menguruskan penubuhan syarikat Sdn Bhd. Hanya mereka yang BERKELAYAKAN di beri lesen oleh…

SETIAUSAHA SYARIKAT

SYARIKAT SDN BHD kebiasaannya urusan penubuhan di uruskan oleh SETIAUSAHA SYARIKAT. Setiausaha syarikat adalah mereka yang berlesen dengan pihak SSM untuk menguruskan penubuhan syarikat Sdn Bhd. Hanya mereka yang BERKELAYAKAN di beri lesen oleh pihak SSM untuk melakukan urusan penubuhan syarikat. Bukanlah seperti setiausaha yang kebiasaannya membantu boss dalam mengurus bisnes yang di jalankan.

Untuk perihal pematuhan, SETIAUSAHA SYARIKAT akan bantu pengarah dari segi beri khidmat nasihat pematuhan syarikat Sdn Bhd. Segala perubahan, kemaskini maklumat dan serah simpan maklumat juga akan di uruskan oleh setiausaha syarikat.

Pertukaran pengarah dan kedudukan pemegang saham juga di galakkan untuk merujuk terlebih dahulu SETIAUSAHA SYARIKAT sebelum memberi arahan kepada setiausaha syarikat untuk buat pertukaran. Kerana sekiranya tersilap langkah boleh mengakibatkan ganguan perjalanan bisnes anda.

SYARIKAT SDN BHD TU APA?

SDN BHD adalah sebuah jenis entiti yang mana dalam hiraki sistem pendaftaran sesebuah perniagaan yang sah di Malaysia iainya berada di tahap yang kedua iaitu selepas entiti jenis ENTERPRISE iaitu MILIKAN TUNGGAL @ PERKONGSIAN. Mengikut statistic yang tertera di laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah ditubuhkan lebih dari 1 juta syarikat di Malaysia ini. SDN BHD di gelar syarikat dan untuk memulakannya secara sah, terma yang betul bagi kategori SDN BHD adalah kita panggil “PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD”. Penubuhan syarikat adalah tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 yang di selia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

SYARIKAT SDN BHD boleh di umpamakan kenderaan untuk menggerakkan perniagaan yang di jalankan. Tahapnya dan kapasitinya berbeza. Jadi bagi setiap usahawan harus kenal pasti setiap kelebihan dan kekurangan setiap jenis Entiti Perniagaan agar bersesuaian dengan sasaran yang hendak kita capai. Rujuk panduan di sini untuk panduan pematuhan bagi SYARIKAT SDN BHD.

SYARIKAT SDN BHD terdiri dari minima seorang pengarah dan seorang pemegang saham. Boleh jadi ianya terdiri dari nama yang sama iaitu contohnya En Ali bin Ahmad menjadi pengarah dan dia juga adalah pemegang saham. Harus mempunyai nama syarikat contohnya MILLIONMIND BUSINESS SOLUTIONS SDN BHD. Nama boleh di daftarkan menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, atau lain-lain Bahasa atau perkataan rekaan. Maklumat asas seperti alamat email, alamat pemohon, jenis perniagaan di perlukan untuk sempurna proses penubuhan syarikat.

IMPIAN SETIAP USAHAWAN

SYARIKAT SDN BHD harus jadi sebahagian dari sasaran impian bagi setiap usahawan. Dengan struktur yang lebih baik, sesebuah perniagaan dapat pergi dengan lebih jauh. Harus kenalpasti kelebihan SDN BHD, kos yang bakal di belanjakan supaya usahawan dapat memanfaatkan syarikat yang di miliki. Jika tidak ianya bakal jadi bebanan kepada usahawan berkenaan.

SYARIKAT SDN BHD, hanya mereka yang mempunyai modal besar sahaja kah yang boleh memilikinya? Persoalan in selalu timbul terutamanya bagi mereka yang baru menceburi perniagaan. Bagi mereka ianya suatu yang sukar untuk di capai. Dan kebiasaannya di luar dari kotak pemikiran mereka. Di dalam struktur SYARIKAT SDN BHD, tiada syarat minima modal yang di tetapkan conothnya perlu ada jumlah modal tertentu untuk memiliki SYARIKAT SDN BHD, walaubagaimanapon ianya di galakkan hanya di tubuhkan setelah anda menjalankan perniagaan minima 2 tahun dan mempunyai had jualan tertentu. Kerana kos pengurusan SYARIKAT SDN BHD lebih tinggi berbanding memiliki ENTERPRISE. Dengan adanya pengalaman risiko kerugiaan dapat di kawal dengan lebih baik. Sekiranya perancangan asal tidak menjadi selalu berurusan dengan setiausaha syarikat untuk dapatkan khidmat nasihat SYARIKAT SDN BHD yang telah di tubuhkan.

SYARIKAT SDN BHD kebiasaannya menjadi pilihan bagi usahawan yang ingin meningkatkan kapasiti perniagaan terutamanya akses kepada modal. Di dalam struktur SYARIKAT SDN BHD ianya ada pemegang saham dan ini membantu dari segi meningkatkan keperluan modal. Ianya mempunyai nilai dan boleh di tawarkan kepada mereka yang berminat untuk memiliknya. Cumanya harus di ingat bagi kategori SDN BHD tidak boleh di tawarkan kepada pasaran umum.

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply