You are currently viewing PENGARAH & PEMEGANG SAHAM

PENGARAH & PEMEGANG SAHAM

Pengarah syarikat ialah individu yang menggerakkan bisnes berjalan. Yang menjalankan urusan sehari-hari. Yang laksanakan SOP syarikat. Individu yang buat kerja…

Bila tubuhkan sdn bhd ni kena tahu dia ada 2 kumpulan:

PENGARAH SYARIKAT

Pengarah syarikat ialah individu yang menggerakkan bisnes berjalan. Yang menjalankan urusan sehari-hari. Yang laksanakan SOP syarikat. Individu yang buat kerja lah dalam bahasa pasarnya.

👉Mereka ni berhak dapat gaji atau elaun atau apa2 benefit dari syarikat. Kalau peringkat awal tu mungkin dapat elaun sahaja, lama-lama banyak lah kelebihan yang akan dapat Seiring dengan pertumbuhan syarikat.

👉Bila ada gaji boleh la buat payslip semua macam staff biasa. Kalau buat loan pakai payslip tu laku lah. Nak beli rumah pon senang lah. Kalau enterprise tak laku ya tuan-tuan dan puan-puan kalau buat payslip tu.

👉Title kita biasa letak CEO. Kalau ada lebih dari seorang pengarah dalam syarikat, title ikut kepakaran atau tugasan di beri. Contohnya kalau urus operasi titlenya COO-Chief Operating Officer, kalau marketing CMO-chief marketing officer, dll C lah.

PEMEGANG SAHAM

Pemegang saham pula ialah individu yang mengeluarkan modal atau dana. Takda dana memang tak gerak lah bisnes tu.

Dalam pemegang saham pula terbahagi kepada 2:

i. Ordinary_Share aka Saham Biasa – yang jenis ni ada saham, ada power dan ada voting right.

ii. Preference_Share – yang jenis ni ada saham, tapi takda power, takda voting right. Ni lebih kepada sleeping partner konsepnya. Dan ada individu yang dia ada duit, tapi taknak involve dalam syarikat. Hanya nak tiap2 tahun makan dividen senyap2. Jenis share ni pula ada pelbagai jenis. Nanti kita perincikan kemudian dalam artikal seterusnya.

👉Dan share ni pula kita boleh letak term boleh convert ke ordinary share atau tidak.

👉Suatu saat mungkin pemegang saham ada hasrat nak involve dalam bisnes yang dia invest, untuk ada lebih kuasa terutama dalam menentukan dividen pulangan.

👉 Kebiasaannya harga saham 1 unit bersamaan RM1. Tapi boleh jadi nilai dia lebih. Cumanya nilai saham ini akan meningkat selari dengan pertumbuhan syarikat. Tu yang masa ni orang buat untung lagi atau boleh kembangkan lagi bisnes sedia ada dengan tambahan modal yang ada. Bila ada capital lebih, makanya boleh la tingkatkan lagi hasil syarikat.

👉Saham tidak boleh di jual dengan di tawarkan sesuka hati di pasaran terbuka. Melalui kenalan atau orang terdekat sahaja. Sebab status syarikat ni Sendirian Berhad.

=======

Bila terjadinya gelombang #Buy_Muslim_Product_First, individu atau syarikat yang dalam kelompok di atas kena bersatu hati untuk kembangkan lagi bisnes tu menggunakan peluang yang ada dan struktur yang ada. Itulah antara kelebihan Sdn Bhd. Tak lah berharap hanya pada pinjaman dari bank.

Dan harini saya ada jumpa seorang klien yang share, bangsa lain duk promot benda ni untuk kembangkan lagi perniagaan sedia ada. Bila dah maju mereka jual pula perniagaan dan syarikat yang berjalan tu untuk kembangkan lagi modal sedia ada. Atau kalau sayang sangat bisnes tu mereka hanya jual saham yang di miliki untuk kembangkan lagi modal.

Merujuk kepada isu saham di atas, ada klien kami yang lain baru-baru ni yang mana sahamnya di beli 10,000 unit saham dengan harga RM50. Klien ni perlukan dana sebab nak uruskan perihal syarikat yang tertunggak untuk masuk ke fasa seterusnya.

Tak salah niaga guna enterprise, tapi proses kembangkan perniagaan tu terhad.

Funder yang serius melabur, kebiasaannya memang mempunyai sdn bhd dan mereka melabur pon dalam sdn bhd sahaja kebiasaannya. Sebab hak mereka lebih di lindungi dengan undang-undang yang telah sedia ada.

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply