AKAUNTAN AKAN...?

Membantu Anda Sediakan Kertas Kerja Untuk Pengiraan Cukai

Menjadi kewajipan untuk setiap usahawan mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun, walaupon perniagaan yang di usahakan rugi. Untuk buat kira-kira isytihar pendapatan kepada LHDN, ada kertas kerja yang perlu di sediakan dan hanya mereka yang berkepakaran dan berpengalaman mampu untuk bantu anda sediakan iaitu AKAUNTAN. Kertas kerja yang di sediakan kemudian di serahkan pula pada EJEN CUKAI untuk buat kiraan cukai sebelum di serah simpan kepada LHDN.

Memberi Khidmat Nasihat Kaedah Pengiraan Cukai

Melalui proses ini dengan mengetahui kaedah pengiraan cukai, anda dapat OPTIMUMKAN cukai yang perlu di bayar kepada pihak LHDN dan perancangan lebih awal juga dapat di buat melalui proses ini iaitu dengan mengetahui perbelanjaan yang di benarkan untuk tolakkan cukai. PENJIMATAN juga anda akan dapat sekiranya perancangan awal di buat.

PHOTO WEBSITE AKAUNTAN BERTAULIAH (1)

Memberi Khidmat Nasihat Persediaan Penyediaan Kertas Kerja​

Sebelum kertas kerja dapat di sediakan, ada dokumen tertentu yang perlu di sediakan terlebih dahulu oleh anda iaitu usahawan. Akauntan akan memberi garis panduan dan memandu arah dokumen yang perlu di sediakan oleh anda. Dokumen ini di perlukan dalam membuat kertas kerja yang di perlukan, dan setelah selesai, dokumen ini perlu di simpan oleh anda sekurang-kurangnya 7 tahun. Contoh dokumen yang di perlukan adalah PENYATA BANK, INBOIS JUALAN, BIL-BIL, BAUCER BAYARAN dan lain-lain dokumen yang berkenaan bisnes anda.

SIAPA PATUT ISYTIHAR PENDAPATAN…?

Setiap USAHAWAN yang berniaga, sama ada ENTERPRISE ataupun SDN BHDtidak kira untung atau rugi perlu isytiharkan pendapatan mereka kepada pihak LHDN. Bukanlah seperti yang di fahami oleh kebanyakan usahawan, pengisytiharan pendapatan mengikut had tertentu atau tempoh berniaga tertentu.

Memudahkan Proses Pembiayaan

Tentunya anda punyai IMPIAN untuk beli KERETA..beli RUMAH.., beli PEJABAT..beli KEDAI…dan sebagainya. Ada sesetengahnya perlu di beli melalui sistem pembiayaan yang sah seperti melalui istitusi kewangan. Menjadi sebahagian dari syarat untuk anda mohon pembiayaan, anda perlu sediakan dokumen berkaitan cukai. Iaitu dokumen pengsiytiharan pendapatan kepada pihak LHDN. Dan sesetengah pembiayaan memerlukan rekod bagi 2 tahun kewangan.

Mengelak Dari Kebankrapan

Bila ada dokumen cukai, tandanya anda sudah laksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang usahawan. Kesan kepada mereka yang tidak serah simpan dokumen cukai ni, boleh akibatkan anda di isytiharkan bankrap oleh LHDN dan juga mampu untuk heret anda ke penjara. Cuba bayangkan usaha anda selama bertahun-tahun hilang sekelip mata kerana elak dari laksanakan tanggungjawab kepada Negara iaitu isytihar pendapatan anda dan membayar cukai.

TAHUKAH ANDA…?​

LHDN Mempunyai Unit IT dan Risik

Anda tentunya biasa dengar dari sahabat usahawan anda mendapat surat dari pihak LHDN. Mereka ini berada di semua platform dan memantau usahawan yang cuba buat pelarian cukai. Cuba bayangkan anda sudah berniaga bertahun-tahun, dan dapat di kesan oleh pihak LHDN. Tentunya segala traksaksi yang berlaku sebelum ini akan di korek dan sekiranya, pada saat anda di kesan, perniagaan anda berada di saat getir. Sekiranya kiraan cukai sebelum ini adalah pada saat atau masa anda tengah bagus, tentunya anda akan hadapi kesukaran besar untuk membayar segala cukai tertunggak.

Pihak LHDN Boleh Korek Sehingga 7 Tahun Kebelakang

LHDN boleh semak transaksi yang berlaku 7 tahun kebelakang. Sekiranya anda bukanlah penyimpan dokumen yang bagus, akibatnya pihak LHDN akan buat anggaran dan kadar cukai yang di anggarkan oleh pihak LHDN adalah sangat tinggi berbanding kos cukai yang sebenar yang sepatutnya anda belanjakan.​

Bila Tahu Nilai Jualan Dan Belian

Dengan ketahui nilai jualan dan belian iaitu melalui kertas kerja yang disediakan oleh akauntan, perancangan dapat di buat dan prestasi semasa dapat di ketahui. Nilai jualan menjadi TANDA ARAS apakah situasi semasa perniagaan anda. Dengan mengetahui kos, anda dapat menilai, harga jualan yang di tetapkan adalah benar atau salah. Bila anda mengawal data perniagaan anda, KEPUTUSAN YANG BAGUS dapat di buat dan seterusnya perniagaan anda boleh berkembang.

Melalui Pembiayaan

Dengan adanya dokumen yang mencukupi seperti dokumen cukai, laporan kewangan semasa, penyata bank, anda boleh MEMOHON PEMBIAYAAN. Pembiayaan yang di perlukan seperti belian kenderaan, sekiranya perniagaan anda memerlukan kenderaan bagi malancarkan pergerakan bisnes; pembiayaan modal, bagi membantu anda untuk buat belian stok dan lain-lain pembiayaan yang mampu bantu perniagaan anda jana lebih jualan dan keuntungan.

PILIHAN...

Anda mempunyai pilihan untuk bertindak sekarang atau menangguhkan segalanya yang perlu anda laksanakan sebagai usahawan. Untuk makluman, pada TAHUN 2019 pihak LHDN telah laksanakan program untuk usahawan supaya isytihar pendapatan secara sukarela. Kadar penalti di kenakan rendah dan usahawan tidak akan di audit.

Dan program ini sebagai satu langkah PERMULAAN kepada tindakan yang LEBIH BESAR oleh mereka.

JANGAN TUNGGU sehingga mereka cari anda, kerana kesannya kadar PENALTI YANG SANGAT TINGGI dan bagi usahawan yang bertaraf SDN BHD pula, ada TAMBAHAN PENALTI yang di kenakan pula oleh PIHAK SSM.

JOM, KAMI BANTU ANDA UNTUK SEDIAKAN KERTAS KERJA  KIRAAN CUKAI YANG MANA AKAN MEMUDAHKAN ANDA UNTUK BERURUSAN SAMADA DENGAN PIHAK LHDN ATAU HENDAK MILIKI ASET ATAU KEMBANGKAN LAGI PERNIAGAAN SEDIA ADA. HUBUNGI KAMI SEKARANG!!!