Perlesenan

Registersdnbhd.com selain dari membantu usahawan untuk proses penubuhan dan pengurusan syarikat, kami juga ingin membuka peluang perniagaan melalui konsep perlesenan kepada sesiapa sahaja terutamanya yang memang dalam bidang berkaitan. Konsep perlesenan ini di buka bagi mengurangkan risiko kegagalan kepada mereka yang menceburi bidang kesetiausahaan syarikat ini, berdasarkan pengalaman kami menguruskan cawangan Shah Alam dan Kulim.

1.0 Objektif

  1. Membuka peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bisnes yang berada dalam sektor yang stabil
  2. Membuka peluang pekerjaan kepada lokasi setempat.
  3. Memperluaskan lagi ilmu pensyarikatan yang menjadi kunci perkembangan sesebuah bisnes.

2.0 Potensi Perniagaan

Setiap perniagaan yang mencapai had keuntungan tertentu perlu bayar cukai. Cukai ini saling kait dengan pendapatan kerajaan. Kerajaan dari masa ke semasa memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif supaya mereka yang berkelayakan untuk membayar cukai. Salah satunya adalah golongan usahawan. Jadi untuk urusan cukai perniagaan ini saling berkait dengan pengurusan dan perakaunan perniagaan. 

Contoh program yang telah diperkenalkan adalah sistem GST pada tahun 2014 dan SST pada tahun 2018. Pada tahun 2019 pula pihak LHDN memperkenalkan program PKPS. Semua ini memberi potensi kepada bidang pengurusan dan perakaunan perniagaan.

Di pihak SSM juga telah memperkuatkan perlaksaan pematuhan. Jadi setiausaha syarikat yang akan melaksanakan kerja-kerja khidmat nasihat pematuhan. Dan ini memberi potensi besar kepada penjanaan keuntungan kepada pengusaha lesen registersdnbhd.com

3.0 Statistik dan Potensi Sedia Ada

Mengikut laman sesawang SSM iaitu melalui SSM e-info, jumlah syarikat yang ditubuhkan adalah 1.3 juta dan jumlah perniagaan yang didaftarkan adalah 7.3 juta.

Melalui maklumat ini kita boleh tahu potensi jumlah syarikat prospek yang bakal jadi klien registersdnbhd.com. Kerana setiap syarikat dan perniagaan yang didaftarkan perlu mematuhi undang-undang asas dalam Malaysia berkenaan perihal SSM, LHDN, KASTAM dan yang berkaitan dengannya.

4.0 Potensi Pendapatan

  1. Komisen dari penubuhan syarikat.
  2. Pembahagian fee setiausaha syarikat atas syarikat yang di uruskan
  3. Komisen atas tugasan setiausaha syarikat yang lain yang di arahkan
  4. Keuntungan dari pelaksaan tugasan perakaunan
  5. Komisen atas rujukan tugasan lain

Klik info lanjut untuk dapatkan maklumat seterusnya