You are currently viewing SAYA DAH DAFTAR SYARIKAT SDN BHD, APA LANGKAH SETERUSNYA?

SAYA DAH DAFTAR SYARIKAT SDN BHD, APA LANGKAH SETERUSNYA?

Seringkali perkara ini berlegar-legar di fikiran usahawan terutamanya yang sudah mendaftar atau Bahasa betulnya adalah sudah menubuhkan SYARIKAT SDN BHD.

Siri 1

Seringkali perkara ini berlegar-legar di fikiran usahawan terutamanya yang sudah mendaftar atau Bahasa betulnya adalah sudah menubuhkan SYARIKAT SDN BHD.

Kebiasaannya sebab tubuhkan SYARIKAT SDN BHD adalah kerana berhajat untuk naik taraf perniagaan sedia ada, ada juga kadang-kadang yang terikut-ikut dengan “trend” ataupun ada juga yang terikut kata-kata dari sahabat niaga anda. Walaubagaimanapon apa jua keputusan anda, langkah seterusnya menentukan apa yang akan terjadi dengan SYARIKAT SDN BHD yang telah anda tubuhkan.

Secara amnya setiausaha syarikat yang berperanan dalam menyempurnakan proses penubuhan SYARIKAT SDN BHD. Jadi kebanyakkan mereka akan menerangkan apa langkah seterusnya dan apa yang patut pengarah lakukan. SYARIKAT SDN BHD adalah tanggungjawab pengarah untuk pastikan segala undang-undang perihal SYARIKAT SDN BHD di patuhi. Setiausaha syarikat pula sebagai kumpulan sokongan yang menyokong pengurusan SYARIKAT SDN BHD dari aspek pematuhan syarikat oleh pengarah kerana setiausaha syarikat yang lebih arif tentang proses pematuhan SYARIKAT SDN BHD. Oleh kerana PENGARAH yang dipertanggungjawabkan dan SETIAUSAHA SYARIKAT arif berkenaan pematuhan, jadi mereka harus saling bekerjasama untuk pastikan undang-undang di patuhi. Sekiranya setiausaha syarikat tidak mahu bekerjasama, anda boleh MEMECAT setiausaha syarikat yang di lantik.

Persoalan seterusnya adalah berkenaan staff ataupon pekerja. Persoalan mengenai pekerja kebiasaannya di tanya dari peringkat awal iaitu, SYARIKAT SDN BHD perlu ada pekerja kah? Jawapannya tiada syarat yang di kenakan untuk perlu ada pekerja terlebih dahulu sebelum menubuhkan syarikat. Walaubagaimanapun, kebiasaannya yang menubuhkan syarikat telah pun ada minima seorang pekerja sebelum membuat keputusan untuk naik taraf. Persoalan mengenai pekerja, bagi mereka yang telah ada pekerja, segala persoalan mengenai menggaji pekerja sepatutnya telah di ketahui lebih awal. Walaubagaimanapun, sesetengah usahawan berfikiran setelah ada SYARIKAT SDN BHD baru lah nak buat segalanya ikot prosedur yang di tetapkan oleh kerajaan.

Proses mengambil pekerja adalah bermula dari menetapkan objektif untuk pencari pekerja. Bagi syarikat SME, prosesnya lebih ringkas dan tempohnya lebih pendek. Setiap proses menggaji pekerja berbeza-beza mengikut kategori bisnes, begitu juga pengalaman pengusaha. Kerana akhirnya pengusaha inginkan pekerja yang mahir dan setia. Untuk topik bekernaan pekerja perkara paling penting adalah surat tawaran pekerja, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Skim Insurans Pekerja (SIP). Segala perihal pekerja sekiranya kita tiada siapa untuk di rujuk boleh hubungi pejabat buruh untuk dapatkan khidmat nasihat.

Berkenaan bab mengambil pekerja ini, selain dari kita mengambil pekerja, perlu ambil kira kemampuan kita untuk membayar pekerja. Senaraikan kos yang terlibat bila hendak ambil pekerja. Setiap gaji yang di bayar, ada bahagian sumbangan majikan yang perlu di ambil kira bila membayar KWSP, PERKESO dan SIP. Majikan selalu terlepas pandang bahagian ini bila hendak mengambil pekerja. Selain dari itu harus di ingat pekerja yang mengambil cuti juga adalah suatu kos. Buat permulaan bagi yang belum bersedia sepenuhnya boleh mulakan jumlah gaji yang di wajibkan beri dan yang telah di tetapkan oleh kerjaan terlebih dahulu. Dah lama sikit, baru beri sebagai ganjaran. Dari masa ke semasa semak polisi syarikat yang telah kita tetapkan. Kita hendak pekerja kita setia dengan kita, dalam masa yang sama kita perlu juga beri kemudahan dan kelebihan yang baik terhadap pekerja.

InshaAllah kita sambung lagi panduannya pada masa hadapan…ada persoalan boleh hubungi kami di talian 0176476900 En Firdaus

Berminat menubuhkan syarikat?

This Post Has 2 Comments

  1. Amir m basir

    Dlm sdn bhd ,sistem pengurusan bil sama juga dgn enterprise,persoalan saya ,bagaimana mana keuntungan Syk sdn bhd boleh Di bagi kepada share holder,contoh untung bersih dlm 100k,Saham 60 /40,apakah ke untung ni boleh 60k dan 40k,maksudnya keuntugan ni di habis kan ,

    1. admin

      Sebaiknya sebahagian keuntungan sahaja di agihkan mengikut ratio 60 / 40. Kerana syarikat masih perlu berkembang dengan fund yang ada.

Leave a Reply