ENTITI PERNIAGAAN

PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE

  1. Nama lain begi entity perniagaan ini adalah Enterprise, dan ada sesetengahnya menyebut lesen SSM.
  2. Pemilikan tunggal dikawal dan dimiliki oleh seorang individu sahaja.
  3. Pemilikan tunggal bukan entiti undang-undang berasingan dan menanggung liabiliti tidak terhad.
  4. Pemilikan tunggal di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah dan Sarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.
  5. Pemilikan tunggal merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di Malaysia.
  6. Contoh pemilikan tunggal ialah Kedai Runcit Mesra, Restoran Bonda, Lucky Store Mini Market dan sebagainya.
  7. Kos yang di tanggung untuk mendaftar perniagaan milikan tunggal ini ada sekitar RM40 bagi yang gunakan nama sendiri dan sekiranya gunakan selain dari nama itu kosnya adalah sekitar RM70

Ciri-Ciri Pemilikan Tunggal

  1. Perniagaan ini hanya dimiliki oleh pemilik tunggal atau persendirian.
  2. Biasanya modal perniagaan di peroleh daripada simpanan pemilik dan pinjaman daripada keluarga atau rakan-rakan.
  3. Pengurusan perniagaan ini dilakukan oleh pemilik sendiri dengan bantuan keluarga atau pekerja-pekerja.
  4. Pemilikan tunggal mudah ditubuhkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kerana prosedur tidak rumit.
  5. Pemilik tunggal berhak mendapat semua keuntungan perniagaan dan menanggung segala kerugian sendiri.
  6. Pemilikan tunggal perlu menanggung liabiliti tidak terhad untuk menjelaskan liabiliti perniagaan yang melibatkan harta peribadinya.
  7. Pemilik tunggal dikenakan cukai pendapatan perseorangan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
  8. Jangka hayat pemilikan tunggal adalah pendek dan terhad kerana bergantung kepada usia pemilik dan perniagaan akan dibubarkan jika pemilik perniagaan meninggal dunia.
  9. Perlu di perbaharui setiap tahun.

Nantikan post seterusnya berkaitan topik ini iaitu entiti perniagaan. Ketahui asas pensyarikatan terlebih dahulu sebelum anda kembangkan bisnes anda. Inginkan sesi bersemuka?join #Siri4Jam Pensyarikatan. Wassap ke 0176476900

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply