Persoalan ini timbul sewaktu proses menubuhkan syarikat. Topik ini merujuk kepada pemilikan sdn bhd berkenaan. Untuk pengetahuan semua, bermula dari akta syarikat 2016, Akta telah menetapkan sdn bhd boleh terdiri dari seorang pengarah dan seorang pemegang saham.
Seperti yang telah di ceritakan sebelum ini, pengarah adalah siapa yang bertanggungajawab melaksanakan polisi syarikat manakala pemegang saham adalah mereka yang menyediakan modal. Kebiasaannya orang yang sama menjadi pengarah dan pemegang saham.
Sewaktu akta lama berjalan, kebiasaannya untuk mencukupkan syarat, pendiri bisnes selalu meletakkan ahli keluarga sebagai orang kedua dalam syarikat. Individu berkenaan kadang kala tiada idea langsung perniagaan yang di jalankan. Dan sekiranya tidak di jaga dari aspek pematuhan, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia akan mengambil tindakan keatas sesiapa yang terdapat namanya dalam dokumentasi penubuhan syarikat Sdn Bhd berkenaan. Jadi individu yang tiada mengena dengan perniagaan yang di jalankan terlibat sama di ambil tindakan. Jadi dengan adanya akta baru ianya sedikit sebanyak memudahkan urusan pendiri bisnes. Kerana kebiasaannya peringkat awal mereka menjalankan perniagaan seorang diri dengan di sertai pekerja sebagai satu pasukan. Bila dalam fasa meningkat barulah ada orang kedua dan seterusnya sebagai rakan kongsi.
Untuk memudahkan urusan peringkat awal, anda boleh mulakan SEORANG DIRI dahulu untuk segala dokumentasi Sdn Bhd. Uji kemampuan diri untuk mengurus pasukan dan pabila anda berseorangan terdapat risiko yang boleh di urus. Pada fasa pertama, kita nak mengenal prosedur sdn bhd dan mengenal setiausaha syarikat yang membantu anda urusan pematuhan syarikat. SYARIKAT SDN BHD adalah menjadi tanggungjawab pengarah untuk mematuhi segala aspek pematuhan syarikat. Oleh yang demikian, pada fasa permulaan kita juga hendak tahu adakah flow proses pematuhan dan kaedah berurusan dengan setiausaha syarikat anda itu berjalan lancar atau tidak. Sekiranya terlepas pandang, penalti yang di kenakan, hanya anda seorang sahaja yang di kenakan. Berbanding sekiranya pemilikan lebih dari seorang pemohon.
SEKIRANYA LEBIH DARI SEORANG pula, dalam situasi ini anda mempunyai seorang lagi rakan kongsi yang boleh bantu anda untuk pastikan segala aspek pematuhan di patuhi. Dari aspek modal, anda boleh berkongsi modal untuk pastikan perniagaan yang dijalankan berjalan lancar. Dan kalau hendak pening fikirkan soal syarikat, anda mempunyai seorang lagi yang boleh bantu anda berfikir bersama jalan penyelesaian. Sekiranya berdua, ujiannya pula adalah bagaimana anda hendak kuasai tolak ansur sesame rakan kongsi. Sifat ini penting bila anda hendak membesarkan syarikat anda. Dalam zaman sekarang, ahli pasukan amat penting dan sekirany pendiri bisnes ada lebih dari seorang, sekiranya flownya berjalan lancar, syarikat anda mampu berkembang laju. Kerana anda mempunyai lebih dari seorang “leader” dalam pasukan anda. Ini sedikit sebanyak membantu dalam menguruskan syarikat anda. Bahagikan tugas mengikut kelebihan yang ada.
SEORANG ATAU LEBIH, yang penting anda harus bermula. Jangan buatkan situasi ini membantutkan pertumbuhan anda dalam perniagaan. Jika ianya memang ditakdirkan anda menjalankan perniagaan lebih dari seorang, jalankan lah sebaiknya.
Sekiranya anda perlukan bantuan untuk menilai, hubungi kami. Mungkin kami boleh beri pendapat, WhatsApp kami ya 0176476900!!!