You are currently viewing 5 PROSES MEMANGGIL TEMU DUGA PEKERJA

5 PROSES MEMANGGIL TEMU DUGA PEKERJA

TEMU DUGA merupakan perjumpaan secara bersemuka antara dua pihak untuk menilai atau menanyakan soalan, saluran untuk menilai pengalaman, kemahiran dan pencapaian calon dan juga saluran untuk mendapatkan maklumat tentang sesebuah organisasi dan jawatan yang di pohon.

Matlamat utama temu duga dijalankan adalah untuk mencari calon yang sesuai. Menurut Winsner dan Cronshaw (1988), temu duga merupakan interaksi yang wujud dalam jangka masa tertentu antara calon dengan panel penemu duga. Tujuan temuduga pekerjaan adalah untuk memilih calon yang layak untuk sesuatu jawatan atau tugas. Temuduga boleh jadi terdiri dari seorang calon atau berkumpulan, mengikut ciri-ciri yang di perlukan dalam jawatan yang di tawarkan. Panduan ringkas ini terbuka kepada SYARIKAT SDN BHD, ENTERPRISE atau lain-lain entiti perniagaan. Secara amnya terdapat lima (5) PROSES atau peringkat temu duga iaitu pratemu duga, pembukaan, kandungan atau isi, penutup dan pasca temu duga.

PROSES PERTAMA sebelum sesi temu duga dilakukan ialah pratemu duga. Sebelum memanggil calon untuk sesi temu duga, pihak syarikat akan menyelidik dan menganalisis resume dan borang permohonan yang dikemukakan oleh calon. Hal ini dilakukan untuk mengenal pasti kelayakan calon dan melihat secara keseluruhan profil dan latar belakang calon. Selepas meneliti maklumat-maklumat yang ada dalam resume calon, pihak syarikat boleh menghubungi perujuk peribadi calon yang terlibat untuk mendapatkan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Walaubagaimanapun jarang sekali majikan melakukan semakan ini. Selepas itu, pihak syarikat perlu menyediakan soalan untuk sesi temu duga. Soalan-soalan tersebut meliputi soalan terbuka atau soalan tertutup. Setelah itu, pihak syarikat akan memanggil calon untuk hadir sesi temuduga sama ada melalui panggilan telefon ataupun melalui e-mel. Sebaiknya bagi jawatan eksekutif dan kebawah, sebaiknya cari calon yang tinggal berdekatan dengan pejabat anda.

PROSES KEDUA dalam temu duga ialah proses pembukaan. Proses ini memerlukan penemu duga untuk membuka dan memulakan sesi temu duga. Dalam proses ini, penemu duga perlu memulakan sesi perbualan tidak formal untuk menenangkan calon supaya tidak terlalu gemuruh. Soalan-soalan yang dikemukakan lebih bersifat mudah supaya calon berasa lebih tenang dan selesa. Contoh jawatan yang di tawarkan adalah seperti “customer service”, sesi “warm up” ini perlulah cari calon yang kurang gemuruhnya, kerana mereka akan berdepan dengan pelanggan. Kalau jawatan yang tidak memerlukan berdepan dengan pelanggan, sesi ini sangat penting, kerana kita mahu mencungkil keupayaan calon dan adakah calon berkenaan bersesuaian dengan jawatan yang di tawarkan. Penemu duga boleh menyatakan matlamat temu duga tersebut kepada calon untuk membina keyakinan calon.

PROSES KETIGA dalam temu duga ialah proses kandungan atau isi. Dalam proses ini, tugas penemu duga adalah untuk mendapatkan maklumat khusus daripada calon. Penemu duga akan mengemukakan soalan terbuka dan soalan tertutup untuk calon. Soalan-soalan yang dikemukakan terkawal dan merangkumi soalan berkaitan maklumat diri, pengalaman calon dan soalan lain yang kurang jelas dalam resume calon. Penemu duga akan membincangkan setiap soalan dengan teliti dan terperinci. Pada fasa ini soalan berkenaan lebih teknikal diperlukan, kerana ada sahaja calon yang pandai berkata-kata tetapi tidak tahu buat kerja. Soalan teknikal kadang-kadang mampu untuk uji keupayaan calon.

PROSES KEEMPAT dalam temu duga ialah proses penutup. Dalam proses ini, penemu duga akan memberi soalan terakhir kepada calon iaitu soalan berkaitan sumbangan yang dapat diberikan oleh calon kepada syarikat sekiranya diberi jawatan tersebut. Setelah itu, penemu duga akan memberi pendedahan tentang kerja, tanggungjawab, masa kerja, syarat perkhidmatan dan keadaan kerja yang berkaitan dengan jawatan tersebut kepada calon. Sebelum menamatkan sesi temu duga, calon diberi peluang untuk bertanya apa-apa soalan sekiranya ada maklumat yang kurang jelas. Selepas itu, penemu duga akan merumuskan tajuk perbincangan secara ringkas dan menyatakan secara jelas bahawa sesi temu duga sudah berakhir serta mengucapkan ucapan terima kasih kepada calon kerana dapat menghadirkan diri dalam sesi temu duga.

PROSES KELIMA dalam temu duga ialah pasca temu duga. Dalam proses ini, dalam proses ini, tugas penemu duga adalah menilai setiap calon secara objektif dan meneliti setiap kelebihan calon untuk membuat pemilihan calon yang paling tepat dengan menggunakan skala yang tertentu. Setelah memilih salah seorang yang layak memegang jawatan tersebut, bahagian sumber manusia akan memberi maklum balas kepada calon tersebut melalui panggilan telefon atau kiriman e-mel. Calon akan diberi masa untuk memberikan keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran tersebut.

TIPS : Untuk jangka panjang sekali sekala buat satu iklan jawatan kosong dan lalui proses menemuduga. Proses ini bagi majikan akan memahirkan proses temuduga dan penilaian lebih baik dapat di lakukan. Penemuduga juga kalau salah penilaian akan menjejaskan syarikat. Jadi pengalaman menemuduga juga penting dalam memastikan calon yang di pilih berkualiti.

Berdasarkan pengalaman kami, pengambilan pelajar praktikal juga mampu untuk mendapatkan calon yang berkualiti. Anda boleh temuduga calon seawal semasa proses pengambilan pelajar berkenaan. Bagi kami soal kepandaian, setiap manusia itu boleh belajar, tetapi apa yang penting adalah “attitude” calon berkenaan. Ini akan menentukan calon yang di ambil akan menjadi aset ataupun liabiliti kepada syarikat anda.

Anda boleh rujuk konsultan sumber manusia untuk lebih tip berkenaan soal proses temuduga atau anda boleh cari penyedia perkhidmatan bahagian ini. Mereka boleh bantu untuk proses temuduga dari peringkat awal hinggalah ke proses pengambilan pekerja berkenaan.

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply