SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU

BILA anda memerlukan lebih dari satu syarikat untuk perniagaan anda boleh gunakan konsep di bawah.KETIGA-TIGA NYA adalah syarikat Sdn Bhd, walaubagaimanapon jenis syarikat ini berkait rapat dengan struktur dalam kumpulan perniagaan dan terma yang di gunakan adalah mengikut tiga jenis syarikat Sdn bhd berikut seperti penerangan di bawah. Keperluan anda untuk memiliki lebih dari satu syarikat adalah bergantung kepada strategi perniagaan anda dan juga pengurusan risiko. Ada kelebihan dan kekurangan bila anda praktis sistem induk – anak syarikat atau lain-lain struktur. Sewaktu perlaksanaan, sila nilai dan dapatkan khidmat pakar sebelum anda membuat apa-apa keputusan.

Syarikat Induk (Parent Company) Syarikat induk adalah syarikat yang memegang saham syarikat lain melebihi 50% daripada keseluruhan saham dan pengawalan urusan syarikat.Syarikat induk ialah syarikat muktamad yang mengawal syarikat-syarikat lain. Syarikat ini hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu anak syarikat. Syarikat induk boleh mengawal syarikat-syarikat lain kerana memiliki saham majoriti di dalam syarikat-syarikat tersebut. Ini membolehkannya melantik majoriti pengarah dan membuat keputusan penting di dalam mesyuarat agung. Kita tidak perlu menunggu sampai sudah kaya-raya baru mempunyai syarikat jenis ini. Belum kaya pun kita sudah boleh memilikinya.

Sumber wikipedia Anak Syarikat (Subsidiary Company) Sebuah syarikat yang dikuasai oleh sebuah syarikat induk dikenali sebagai anak syarikat. Anak syarikat adalah syarikat yang mempunyai saham sebanyak 51% dan ke atas. Ada anak syarikat yang semua sahamnya dimiliki sepenuhnya oleh syarikat induk. Oleh kerana majoriti lembaga pengarah dilantik untuk mewakili syarikat induk, biasanya anak syarikat beroperasi berdasarkan strategi dan polisi yang dipengaruhi oleh syarikat induk. Setiap anak syarikat yang memiliki 100% atau sekurang-kurangnya lebih daripada 50% saham syarikat  diketuai oleh Pengarah yang mempunyai stail pengurusannya yang tersendiri. Lebih banyak kita memiliki syarikat jenis ini, lebih mudah kita menjadi kaya-raya.

Sumber wikipedia Syarikat Bersekutu (Associated Company) Syarikat yang mempunyai saham kurang daripada 51% dikenali sebagai syarikat bersekutu. Syarikat bersekutu ialah bila syarikat induk hanya memiliki saham yang membolehkannya mempunyai pengaruh signifikan tetapi tidak cukup untuk mengawal syarikat tersebut. Biasanya pemilik syarikat bersekutu boleh melantik pengarah yang mewakili kepentingannya. Sumber wikipedia JADINYA dalam mengembangkan perniagaan, usahawan boleh mengunakan strategi bersyarikat ini untuk dapatkan lebih manfaat dan dalam masa yang sama, ada juga risiko yang dapat di uruskan. InshaAllah kami akan ulas strategi bersyarikat ini di masa hadapan.

Ada persoalan lanjut boleh hubungi kami dengan picit pautan berikut www.wasap.my/601136288769    

Berminat menubuhkan syarikat ? Whatsapp kami sekarang. >>Tekan Sini <<

Leave a Reply

Close Menu