ENTERPRISE VS SDN BHD

Kebiasaan usahawan yang dah berniaga lebih dari 2 tahun akan ada dilema ini. Ye lah, bila rakan-rakan bisnes dah pakat upgrade, maka diri ni pon ada lah rasa, ” aku bila lagi….”. Dalam membuat keputusan, kadang-kadang usahawan tanpa melihat data kewangan perniagaan cenderung untuk membuat keputusan secara terburu-buru.

Ramai usahawan yang tidak simpan rekod jualan sedangkan segala maklumat transaksi perniagaan wajib simpan dan di kemaskini. Rekod jualan antara maklumat yang kita boleh gunakan sebagai “indicator” untuk kita buat keputusan. Dan bagi usahawan yang transaksinya tunai lebih mudah untuk membuat keputusan ini berdasarkan angka jualan

Pihak LHDN telah menetapkan sekiranya hasil iaitu pendapatan bersih mencapai RM 36,000 wajib untuk anda isytiharkan pendapatan anda. Bagi sesebuah perniagaan keuntung sebanyak 30% dari jualan perlu kita capai untuk pastikan perniagaan kita berbaloi. Jadinya secara kasarnya Jualan kita sekiranya melebihi RM10,000 wajib lah kita isytiharkan pendapatan tu. Walaubagaimana pon lebih baik berapa pon pendapatan kita, perlu lah kita isytihar pendapatannya supaya lebih mudah untuk memohon sebarang bantuan dan pembiayaan.

Jadi “step pertama” bagi seorang usahawan untuk #upgrade adalah memastikan tabiat untuk merekod transaksi perniagaan sebahagian dari rutin kita. Dan sekiranya kita tidak mampu buat, upah akauntan luar untuk uruskannya. Kosnya jauh lebih rendah dan berbaloi dengan kerja yang di lakukan.

Bila kita dah terbiasa dengan prosedur simpan kira dan merekod transaksi perniagaan lebih mudah untuk kita kawal aliran tunai dan membuat keputusan lebih baik. Bila segala maklumat kos kita ada, kita mampu untuk buat keputusan berkenaan penjimatan kos. Dalam strategi untuk “survive”, kita ada dua pilihan iaitu naikkan angka jualan dan turunkan kos. InshaAllah anda boleh “survive” dalam apa jua keadaan ekonomi.

Bila kita nak buat keputusan hendak ke Sdn Bhd? Jawapannya sekiranya hasil aka untung bersih yang kita perolehi melebihi angka RM250,000. kerana pada masa ini kadar cukai sudah meningkat naik dan melebihi kadar cukai sekiranya kita memilih untuk berada di Enterprise.

Dalam keadaan tertentu sesebuah perniagaan perlu nampak lebih terjamin, stabil dan di yakini. Jadi sekiranya 3 faktor tu menjadi keutamaan walaupon hasil yang kita perolehi belum mencukupi, di galakkan untuk #upgrade ke Sdn Bhd. InshaAllah kupasan akan datang akan membincang tajuk ini.

P/s: join saluran telegram kami t.me/rahsiapensyarikatan untuk dapatkan tip dan rahsia pensyarikatan

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply