PEMEGANG LESEN ENTERPRISE

PEMEGANG LESEN ENTERPRISE

NAMA PERNIAGAAN | Amat penting dan selalu menjadi permasalahan kepada semua usahawan yang hendak naik taraf ke sdn bhd. Proses naik taraf ni buat masa ni tiada prosedur yang membenarkan melalui sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ), untuk di naik taraf begitu sahaja dengan menekan 1 butang sahaja di dalam sistem SSM.

APAKAH PERSEDIAAN ANDA UNTUK KE SDN BHD?

NAMA PERNIAGAAN | Amat penting dan selalu menjadi permasalahan kepada semua usahawan yang hendak naik taraf ke sdn bhd. Proses naik taraf ni buat masa ni tiada prosedur yang membenarkan melalui sistem Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ), untuk di naik taraf begitu sahaja dengan menekan 1 butang sahaja di dalam sistem SSM.

Untuk makluman, proses nya adalah seperti mendaftar baru untuk sdn bhd berkenaan. Cumanya sekiranya nama tiada di dalam sistem Sdn Bhd di SSM makanya usahawan boleh menggunakan nama yang sama untuk Sdn Bhd yang di daftarkan / ditubuhkan. Kebiasaannya nama enterprise boleh diguna pakai bila naik taraf ke sdn bhd. Bagi nama yang tidak dibenarkan gunakan kreativiti untuk ubahsuai nama yang ingin di daftarkan. Contohnya dahulu menggunakan Millionmind Business Solutions, mungkin semasa menubuhkan sdn bhd berkenaan, nama berkenaan tidak di benarkan. Anda boleh ubah suai nama dengan meletakkan MBS EMPIRE SDN BHD. Ambil pangkal huruf untuk mendaftarkan syarikat berkenaan.

Soal nama ianya berkait rapat dengan pemasaran. Nama yang telah digunakan di kenali oleh rakan niaga, pembekal, pelanggan mahupun prospek anda. Selain itu juga ianya mungkin sudah di gunakan dalam logo anda. Dan ada sesetengahnya telah di gunakan di alamat website anda. Jadi walaupun anda baru, ambil kira bahagian ini sebagai sebahagian dari perancangan anda. Selarikan perancangan perniagaan anda termasuklah berkenaan perancangan pemasaran anda. Kerana ianya melibatkan kos, jadi perancangan awal dan rapi perlu di buat. Cipta nama yang baik untuk digunakan pada jangka masa yang panjang. Anda boleh gunakan cadangan nama dari carian di laman sesawang google dengan menaip “ brand name generator “. Di laman sesawang berkenaan terdapat cadangan dan anda boleh dapatkan idea dari laman berkenaan. Ambil kira terus berkenaan alamat laman sesawangan, walaupun pada masa berkenaan anda belum mampu untuk bina. Cipta nama yang belum ada orang gunakan dan selarinkan di semua platform media sosial dan laman sesawang.

Lagi satu strategi berkenaan nama ini adalah dengan membina jenama. Nama perkataan lain yang digunakan dan diperkenalkan kepada pasaran. Kaedah ini lebih selamat kerana anda boleh buat sebarang perubahan. Contohnya syarikat kami Millionmind Business Solutions menghasilkan saluran baru untuk pemasaran dan jenama yang di perkenalkan adalah Registersdnbhd.com. Contoh lain seperti Nestle, mereka ada Milo, Nescafe, Koko crunch dan lain-lain. Jadi soal nama harus di bina seawal anda mendaftar perniagaan anda dan sewaktu anda perkenalkan kepada pasaran.

STRUKTUR PEMILIKAN | Di dalam syarikat Sdn Bhd ada pengarah dan pemegang saham. Dalam lesen Enterprise, maklumat ini tiada. Struktur ini penting kerana ianya melancarkan proses pengurusan di masa hadapan. Saat anda menggerakan perniagaan menggunakan Sdn Bhd, kaedahnya sedikit berbeza berbanding semasa anda di Enterprise. Untuk ringkasan, pengarah merujuk kepada individu yang menggerakkan syarikat dengan polis-polisi yang telah di tetapkan dan di persetujui. Pemegang saham mereka yang menyuntik dana dan di panggil juga pemilik. Kebiasaannya pada peringkat permulaan adalah orang yang sama. Sekiranya anda terdiri dari lebih dari seorang pemilik, susun atur struktur dalam syarikat yang di tubuhkan amat penting. Anda boleh mendapatkan khidmat setiausaha syarikat untuk beri cadangan semasa proses penubuhan. Perjelaskan peranan dan fungsi setiap yang terlibat dari peringkat awal. Dan sekiranya bergerak besar, perniagaan yang di tubuhkan semua yang terlibat perlu hati yang terbuka dan terbuka untuk berbincang secara baik dan berhemah.

LOKASI DAN PEJABAT OPERASI | Tiada syarat wajib berkenaan pejabat. Peringkat awal fokus kepada pertumbuhan syarikat dan “survival” syarikat. Jangan belanjakan kos terlalu besar untuk persiapan pejabat, melainkan ianya betul-betul satu keperluan bagi perniagaan anda untuk meningkatkan keyakinan kepada pelanggan. Ada sesetengah perniagaan LOKASI yang lebih penting berbanding pejabat operasi. Jadi anda boleh fokus kepada perkara ini berbanding persediaan pejabat operasi. TETAPI untuk jangka masa panjang, perlu ada pejabat yang selamat untuk anda beroperasi. Ini akan memudahkan anda membina ahli pasukan bagi menyokong pertumbuhan syarikat anda. Ahli pasukan akan lebih selesa bila ada pejabat operasi yang sesuai. Dan sebagai pilihan anda boleh juga ambil pelajar praktikal untuk sertai pertumbuhan syarikat anda bila anda ada pejabat operasi yang sesuai.

PEMBUKAAN AKAUN SEMASA | Membina profail syarikat sebahagiannya adalah berkenaan status akaun semasa syarikat. Cari yang bersesuaian dengan anda. Contohnya untuk pertanian gunakanlah Bank Pertanian. Selain dari jenis bidang pertanian bank apa pun sesuai, tetapi fokus kepada satu bank sahaja. Penerimaan dan pembayaran melalui satu akaun semasa bank sahaja. Proses membina profail syarikat sebahagiannya adalah berkenaan aliran tunai iaitu wang keluar dan masuk. Bila tumpuan di berikan kepada satu bank sahaja, penilaian bank tertumpu kepada satu bank sahaja. Prosesnya adalah lebih mudah sekiranya anda mempunyai satu bank sahaja.

Dengan teknologi yang bank sediakan sekarang ini penerimaan pembayaran dari pelanggan anda lebih mudah dan boleh dari apa bank sahaja pon dengan kos yang sangat minima. Setakat yang kami ada maklumat sekiranya jenis perniagaan anda memerlukan pembiayan kenderaan contohnya jenis perniagaan sewa kereta, yang mana jenis perniagaan ini anda boleh manfaatkan kemudahan yang ada pada bank untuk tingkatkan lagi hasil, bank yang terbaik untuk jenis perniagaan ini adalah Public Bank. Proses pembiayaan kenderaan bagi bank ini sangat cepat berbanding dengan bank lain. Yang kedua adalah Bank Maybank. Anda boleh membeli kenderaan lebih banyak dan manfaatkan kemudahan bank yang di sediakan untuk tingkatkan lagi hasil syarikat anda.

Anda boleh baca dari laman sesawang bank terlebih dahulu produk-produk yang di sediakan serta membuat kajian dengan bertanya pengalaman rakan perniagaan anda yang lain, sebelum membuat keputusan untuk membuka akaun semasa bank. Sekiranya anda sudah ada “rapo” yang baik dengan pegawai bank semasa anda berurusan bila di ENTERPRISE, anda boleh teruskan buka di tempat yang sama. Ini memudahkan proses seterusnya. Proses permohonan pembiayaan sekiranya anda baru lagi tubuhkan syarikat, kebiasaannya di akan di cadangkan untuk gabung profail kewangan lama. Jadi bila sama bank, ianya akan memudahkan proses pembiayaan.

Cukup setakat ini terlebih dahulu. Sekiranya ada tajuk yang ingin kami ulaskan, anda boleh komen di post ini atau whatsapp kami terus ke 0176476900.

Berminat menubuhkan syarikat ? Whatsapp kami sekarang. >>Tekan Sini <<

Leave a Reply

Close Menu