You are currently viewing DAH NAK SETAHUN PUN TUBUHKAN SDN BHD

DAH NAK SETAHUN PUN TUBUHKAN SDN BHD

APA AKU NAK KENA BUAT? Kadang–kadang, kita pon tak ingat dah apa yang setiausaha pesan. Registersdnbhd.com pasal serah dokumen penubuhan dah letak sekali nota penting tentang…

APA AKU NAK KENA BUAT? Kadang–kadang, kita pon tak ingat dah apa yang setiausaha pesan. Registersdnbhd.com pasal serah dokumen penubuhan dah letak sekali nota penting tentang pensyarikatan, plus kita sudah letakkan sesi coaching dalam pakej. Walaubagaimanapon ramai yang tak manfaatkannya. Ada segelintir ja yang betul-betul manfaatkannya. Kenapa kita perlu selalu berhubung dengan setiausaha syarikat? Kadang-kadang ada maklumat dan tips terbaru yang hendak di sampaikan.

Berbalik balik pada tajuk kita, persoalan ni biasa timbul, kadang-kadang ada usahawan yang tidak perasan. Dah setahun pon mereka menjalankan bisnes. Yang mana buat persiapan awal, inshaAllah mereka jarang hadapi masalah. Siapa yang selalu hadapi masalah? Bagi usahawan yang bisnes bagus, jualan tinggi, dan aliran tunai yang sihat. Kebiasaannya kita galakkan mereka yang berada dalam keadaan berkenaan untuk buat pengurusan cukai lebih awal. Ada banyak pelepasan yang boleh kita perolehi sekiranya merancang lebih awal.

DOKUMENTASI TRANSAKSI | Bahagian ini yang selalu menduga kesabaran usahawan. Yang bukan jenis menyimpan dokumen lagi la masalah. Sebenarnya habit menyimpan dokumen minta resit dari penjual ni, sepatutnya di amalkan dari seawal meniaga lagi. Baru lah kita boleh kesan ke mana duit kita pergi. Dengan teknologi yang ada sekarang ni, laju je kaedah bayaran, semuanya online. Yang teruknya dah ada peluang untuk letakkan nota pada butiran pembayaran, dekat situ pun tak letak. Letak butirannya tunai sahaja. Bila akauntan minta dokumen, dah la takda. Butiran pada penyata bank pun takda. Kesannya adalah bila nak buat filing kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dan bagi sesetengah usahawan, ENTERPRISE tak perlu isytihar pendapatan, tapi sebenarnya PERLU. Jadi segala duit keluar dan masuk perlu ada butirannya. Duit peribadi harus di asingkan dari duit niaga. Contohnya usahawan wanita, mungkin mereka ada terima duit dari suami, jadi jangan campur adukkan duit yang diberi oleh suami ke dalam perniagaan yang di usahakan.

SEMAK SENARAI | Selain dari menyimpan dokumen, semak senarai dokumen yang perlu di simpan. Ini dapat bantu anda untuk elakkan dokumen yang tertinggal. Contohnya bil telefon dan internet. Yang kebiasaannya di bil atas peribadi yang mana sebenarnya nombor yang sama di gunakan untuk urusan perniagaan. Jadi sebahagian dari perbelanjaan atas internet dan telefon boleh di ambil kira dalam perbelanjaan perniagaan anda.

KEMASKINI MAKLUMAT | Ada sesetengah maklumat yang bertukar contohnya modal berbayar. Di awal penubuhan mungkin jumlahnya hanya minima. Setelah syarikat dibuka ada barangan yang telah dibeli sebelum syarikat di tubuhkan seperti asset. Aset ini di guna dalam urusan seharian. Jadi boleh senaraikan dan di masukkan sebahagian dari modal berbayar bukan tunai. Dan mungkin kadang-kadang anda menyuntik modal masuk untuk beli sebarang keperluan perniagaan. Duit masuk ini hasil dari simpanan anda sendiri. Jadi boleh di ambil kira untuk modal berbayar dan sebelum tutup tahun kewangan sebaiknya di kemaskini. Lain-lain maklumat seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan, dan lain-lain boleh di kemaskini. Dan boleh maklum pada setiusaha syarikat untuk kemaskini. Bila anda sediakan laporan kewangan beraudit nanti semuanya telah di kemaskini dan berdasarkan maklumat semasa syarikat.

KOS YANG BAKAL DI BELANJAKAN | Sewaktu awal penubuhan syarikat, setiausaha syarikat telah membentangkan kos yang bakal anda belanjakan setiap tahun. Sebelum masuk tahun kedua, semak kos yang bakal anda belanjakan. Kerana pada masa ini anda sudah tahu tahap prestasi syarikat yang anda usahakan. Kebanyakkan kos pengurusan yang bakal dibelanjakan adalah berkadaran dengan nilai jualan. Dan kos ini dikeluarkan pada awal tahun kedua dan secara berperingkat. Jadi anda boleh merancang aliran tunai anda selari dengan pergerakkan bisnes anda. Rancang lebih awal untuk elakkan kelewatan terutamanya bab proses audit. Bila lewat audit, makanya lewatlah serah simpan. Dan ini boleh menyebabkan kos tambahan pada syarikat anda.

EXIT PLAN | Dan ada sesetengah syarikat yang di tubuhkan mungkin tidak berjalan lancar seperti yang di harapkan. Sebelum sampai masa untuk tutup tahun kewangan, rujuk lah setiausaha syarikat untuk ambil langkah “exit plan” supaya syarikat yang di tubuhkan dapat di tutup atau jual dengan sempurna. Ini bagi elakkan diri anda di kenakan penalti oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri atau lain-lain agensi atas ketidakpatuhan. Sekiranya perancangan anda tidak menjadi jangan biarkan sahaja syarikat yang telah di tubuhkan.

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply