Pengarah syarikat ialah individu yang menggerakkan bisnes berjalan. Yang menjalankan urusan sehari-hari. Yang laksanakan SOP syarikat. Individu yang buat kerja…
Sebahagian dari proses untuk “growth”kan bisnes adalah dengan adanya ahli pasukan. Pasukan anda boleh dimulakan yang terdiri dari pekerja separuh masa atau menjadi agen anda. Mengikut kesesuaian jenis perniagaan anda.
i) Bila tak ikut apa yang telah di tetapkan mereka akan cari anda. SSM, LHDN, & KASTAM. Nak ka mereka cari anda?
ii) Bila anda urus dengan betul, perjalanan bisnes akan berjalan lebih lancar dan sekiranya perlukan modal tambahan dan sebagainya untuk berkembang, selalunya mereka akan minta dokumen yang berkaitan pematuhan. Tak isytihar pendapatan takdenya mereka nak bagi anda pembiayaan.
iii) Dah alang-alang anda siapkan dokumentasi berkaitan pematuhan, laporan-laporan yang di sediakan boleh bantu anda untuk buat apa-apa keputusan perniagaan.