You are currently viewing TIPS URUS CUKAI : BELANJA TAPI SUATU SIMPANAN

TIPS URUS CUKAI : BELANJA TAPI SUATU SIMPANAN

Salah satu belanja yang mampu membantu anda mengurangkan cukai adalah dengan perbelanjaan terhadap Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (selepas ini di sebut KWSP), terutamanya apabila anda mempunyai pekerja.

Salah satu konsep untuk kurangkan cukai adalah dengan mengambil kira segala perbelanjaan yang terlibat secara langsung dengan perniagaan anda. Jadi KWSP mampu menjadi salah satu belanja yang boleh kurangkan cukai perniagaan atau syarikat anda. Dan konsep KWSP secara asasnya adalah bertujuan menyimpan. Apa gunanya SIMPANAN? Sebagai persediaan jangka panjang, sama ada untuk hari tua ataupun syarikat anda.

KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Mengikut Akta KWSP 1991 Seksyen 41, tiap-tiap majikan hendaklah mendaftar dan membayar caruman dibawah Akta ini sebelum berakhirnya minggu pertama di dalam bulan pertama yang di dalamnya majikan membayar upah yang berkenaan. Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan, boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Majikan yang dimaksudkan termasuklah pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja; mana-mana kumpulan orang sama ada berkanun atau diperbadankan dan mana-mana kerajaan, jabatan kerajaan, badan-badan berkanun, pihak-pihak berkuasa tempatan atau badan-badan lain yang dinyatakan di dalam Jadual Kedua, Akta KWSP 1991. Tertakluk kepada peruntukan Seksyen 43 (1), Akta KWSP 1991, majikan perlu membuat bayaran caruman KWSP bagi pekerja adalah sebahagian tanggungjawab majikan yang wujud di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan. Majikan perlu memastikan caruman bulanan mereka dipotong dengan betul daripada gaji bulanan dan dibayar kepada KWSP.

Majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. Untuk majikan sektor swasta, majikan yang tergolong dalam kategori tertentu wajib mendaftar dengan KWSP. Kategori tersebut ialah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), perniagaan yang berdaftar dengan SSM, Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau Syarikat Pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan bank-bank yang diluluskan oleh Bank Negara.

Selari dengan perbelanjaan KWSP dan konsep menyimpan, anda sebagai pendiri bisnes di cadangkan mengambil KWSP sebagai salah satu belanja untuk kurangkan cukai syarikat anda begitu juga cukai peribadi anda. KWSP terdapat bahagian sumbangan oleh majikan, dan peratusnya anda boleh tingkatkan selari dengan keupayaan syarikat. Semakin banyak anda belanjakan semakin kurang cukai yang bakal di kenakan. Bagi anda pendiri bisnes, untuk KWSP yang anda perolehi, di dalam akaun anda terdapat 2 akaun, Akaun 1 KWSP dan Akaun 2 KWSP. Akaun 1 kebiasaannya pabila capai umur tertentu baru lah anda boleh keluarkan. Jadi ianya suatu simpanan bagi jangka masa panjang. Bagi Akaun 2 anda boleh keluarkan untuk tujuan tertentu seperti pabila anda hendak beli rumah atau sambung belajar. Urus sebaiknya, InshaAllah simpanan tadi anda mampu anda gandakan melalui dividen yang di terima dari KWSP ataupun dengan penjimatan melalui bayaran rumah yang anda keluarkan dari KWSP Akaun 2.

Dari suatu aspek sebagai pendiri bisnes, tentunya anda akan isytiharkan pendapatan tahunan di Lembaga Hasil Dalam Negeri. KWSP yang di bayar oleh syarikat, anda akan perolehi pelepasan semasa anda isytiharkan pendapatan keseluruhan dengan jumlah RM6000 maksimum. Pelepasan ini memberi kesan terhadap pengiraan cukai peribadi anda. Jadi kesan rantaian dari perbelanjaan KWSP oleh syarikat, bukan sahaja memanfaatkan pengiraan cukai syarikat tetapi cukai peribadi anda. Rancang lebih awal, InshaAllah anda mampu tingkatkan dan manfaatkan cukai yang di bayar.

Tips tambahan berkenaan KWSP ini adalah, sekiranya anda memperuntukkan gaji dengan membuat pemotongan KWSP dan lain-lain pemotongan yang sepatutnya berkaitan gaji seperti pekerja lain, Anda mudah untuk membuat pembiayaan sama ada pembiayaan rumah atau peribadi. Dokumentasi gaji, bagi pandangan bank lebih “straight forward” sewaktu mereka membuat penilaian sekiranya anda membuat permohonan pembiayaan. Tetapi kaedah ini hanya terpakai sekiranya anda pendiri bisnes dengan kategori entiti perniagaan SYARIKAT SDN BHD. Sekiranya anda masih perlukan penerangan lebih lanjut sila hubungi kami melalui whatsapp di talian 017 6476900 / 011 3628 8769.

p/s: Kongsikan artikal ini tanda sokongan anda terhadap kami. Terima Kasih

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply