You are currently viewing PENGARAH SYARIKAT – KENALI MAKSUDNYA DAN PERANANNYA

PENGARAH SYARIKAT – KENALI MAKSUDNYA DAN PERANANNYA

Pengarah syarikat adalah seorang individu yang menjawat jawatan pengarah dengan apa jua jawatan sekalipon contohnya KETUA PENGARAH EKSEKUTIF, PENGARAH PEMASARAN DAN JUALAN, PENGARAH PENTADBIRAN dan sebagainya.

Di Malaysia, pengarah syarikat merujuk kepada individu yang memegang jawatan di bawah syarikat Sdn Bhd dan Berhad. Manakala bagi Enterprise iaitu Milikan Tunggal ataupon Perkongsian jawatan tertinggi adalah PENGURUS.

PENGARAH SYARIKAT yang di lantik harus mengunakan kuasa yang dimiliki untuk menguruskan perniagaan yang di amanahkan mengikut polisi-polisi yang di tetapkan. Bermulanya akta syarikat 2016 yang mana membenarkan minima seorang pengarah sahaja menyebabkan banyak syarikat yang di daftarkan hanya memiliki seorang pengarah. Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia mempermudahkan proses penubuhan syarikat Sdn Bhd agar lebih ramai yang mendapat manfaat dari kelebihan Sdn Bhd. Oleh yang demikian, pengarah syarikat harus saling bekerjasama dengan pihak SETIAUSAHA SYARIKAT, AKAUNTAN, JURUAUDIT serta AGEN CUKAI agar segala perihal pematuhan di patuhi.

Peranan PENGARAH SYARIKAT adalah berbeza dengan PEMEGANG SAHAM dan seperti yang tertakluk di bawah Akta Syarikat 2016 yang mana membenarkan juga minima seorang PEMEGANG SAHAM. Jadi kebanyakkan syarikat yang ditubuhkan terdiri dari PEMEGANG SAHAM dan PENGARAH dari individu yang sama.

Pengarah perlulah bertanggungjawab ke atas urus tadbir Syarikat dan tidak menyalahgunakan kuasa tersebut untuk kepentingan diri atau pihak-pihak tertentu. Sekiranya ingkar boleh di dakwa di bawah Akta Syarikat 2016. Di bawah akta yang di tetapkan sekiranya di ikuti ianya menjadi lebih mudah, tetapi akan jadi berat sekiranya pengusaha hanya mementingkan diri sendiri dan hanya buat tidak tahu perihal pematuhan syarikat.

Terdapat tiga perkara utama di dalam bab pematuhan iaitu penyerahan PENYATA TAHUNAN, PENYEDIAAN LAPORAN KEWANGAN BERAUDIT dan PENGISYTIHARAN PENDAPATAN kepada pihak LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI. Selain dari perkara ini lain-lain perihal dan pergerakkan dalam syarikat harus di maklumkan perkembangannya kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia melalui SETIAUSAHA SYARIKAT yang di lantik.

Di sebalik tanggungjawab yang perlu di laksanakan seperti di atas ianya terbahagi kepada tugasan harian dan tahunan. Tugasan harian seorang PENGARAH SYARIKAT sekiranya syarikat yang di usahakan aktif berjalan adalah memastikan segala dokumen transaksi perniagaan di simpan rapi dan sekiranya berkeupayaan merekodkannya secara teratur, dan sekiranya tiada keupayaan rancang lebih awal untuk mengupah Akauntan Luar untuk uruskannya.

Manakala tugasan tahunan adalah memastikan segala transaksi di rekodkan dengan sempurna dan di audit seterusnya membuat pengisytiharan kepada pihak Lembaga hasil dalam negeri. Laporan kewangan yang beraudit perlu juga di serah simpan oleh Setiausaha Syarikat kepada Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply