SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD, CIRI-CIRINYA

  1. Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad iaitu tanggungan pemilik perniagaan terhad kepada modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja.

  2. Boleh di daftarkan sendiri oleh pemohon. Tapi selesai sahaja anda mendapat kelulusan penubuhan perlu melantik setiausaha syarikat dalam masa 30 hari. Jadinya lebih elok setiausaha syarikat yang proses penubuhan.

  3. Syarikat Sdn Bhd dimiliki oleh satu hingga lima puluh orang pemegang saham. Sejak Akta Syarikat 2016 di laksanakan kebanyakkannya memilih untuk di tubuhkan dengan seorang pemohon sahaja.

  4. Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan modal perniagaan.

  5. Syarikat dianggotai oleh Pengarah atau Ahli Lembaga Pengarah untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.

  6. Jangka hayat perniagaan adalah panjang dan terjamin kerana syarikat tidak akan dibubarkan dengan kematian salah seorang pemegang saham.

  7. Saham syarikat boleh dijualbeli tetapi tidak dilakukan dalam pasaran saham atau terbuka.

  8. Penjualan saham mesti dengan persetujuan pemegang saham yang lain. Tu sebab perlu berhati-hati soalan bab saham ni.

  9. Syarikat Sendirian Berhad tidak disenaraikan di Bursa Saham Malaysia.

  10. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat tersebut.

  11. Peringatan, liabiliti adalah tidak terhad dalam kes-kes pembiayaan dengan institusi kewangan kerana kebanyakkan perjanjian yang di tandatangani membuka klausa berkenaan liabiliti yang ditanggung.

Sekiranya anda ingin mempunyai lebih dari satu syarikat Sdn Bhd, sila baca artikel seterusnya SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU.

Berminat menubuhkan syarikat ? Whatsapp kami sekarang. >>Tekan Sini <<

Leave a Reply

Close Menu