You are currently viewing BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN DAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN

BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN DAN MENDAFTARKAN PERNIAGAAN

Persoalan ini selalu timbul pabila hendak mulakan perniagaan secara sah. Sebabnya kebiasaannya rata-rata akan berniaga terlebih dahulu tengok macam mana situasinya. Kalau ok baru akan mendaftar secara sah.

Persoalan ini selalu timbul pabila hendak mulakan perniagaan secara sah. Sebabnya kebiasaannya rata-rata akan berniaga terlebih dahulu tengok macam mana situasinya. Kalau ok baru akan mendaftar secara sah. Untuk mulakan sesebuah perniagaan anda boleh mula dengan mengenal agensi yang menguruskan perihal pendaftaran perniagaan iaitu Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ). Agensi ini yang berfungsi untuk mengawal selia perihal pendaftaran perniagaan di Malaysia. dari Milikan tunggal hinggalah ke syarikat bertaraf Berhad. Kelebihan anda mendaftarkan perniagaan anda adalah tanda anda berniaga secara sah di bawah undang-undang yang di tetapkan oleh pihak kerajaan dan seterusnya akan melindungi pelanggan. Sekiranya terdapat kesalahan yang di lakukan dari segi urus niaga pelanggan boleh melaporkan pada pihak berwajib dan dari sudut positifnya perniagaan anda lebih di yakini dan berurusan secara sah.

Kebiasaannya pilihan peniaga di Malaysia ini adalah dengan memilih pendaftaran bagi Milikan Tunggal atau boleh di kategorikan sebagai Enterprise. Tahap pertama dalam pendaftaran perniagaan di Malaysia. Kategori Enterprise tidak hanya terhad kepada Milikan tunggal, perkongsian juga boleh di kategorikan bawah kategori ini. Fee pendaftaran sangat rendah dan proses pendaftarannya lebih mudah. Terdapat pilihan lain dalam kategori pendaftaran atau bahasa yang tepatnya penubuhan syarikat iaitu PLT , Sdn Bhd dan Berhad. Walaubagaimanapon artikal pada kali ini hanya berkongsi proses pendaftaran perniagaan kategori Enterprise.

Bagi milikan tunggal peniaga boleh gunakan nama sendiri untuk di daftarkan dan digunakan sebagai tanda nama perniagaan ataupon menggunakan nama trade. Iaitu nama yang di cipta untuk tanda nama perniagaan yang di usahakan. Contoh nama sendiri adalah Ali bin Abu, manakala nama trade contohnya Kedai Dobi Ali.

Bagi seorang peniaga yang bercita-cita untuk kembangkan perniagaan sedia ada harus gunakan nama trade, kapasiti dari segi penjenamaan lebih meluas dan banyak pilihan yang sorang peniaga ada untuk kembangkan lagi perniagaan sedia ada. Untuk mencipta nama bukan satu proses yang mudah, kerana nama yang kita hendak pakai harus ada ciri-ciri yang jarang-jarang orang gunakan sebagai nama perniagaan. Contoh mudah peniaga selalu letak perkataan RICH dalam nama perniagaan mereka yang mana perkataan ini sangat popular di gunakan sebagai sebahagian nama perniagaan. Proses memperkenalkan jenama tanda nama perniagaan anda harus di mulakan seawal anda berniaga. Dan nilai akan meningkat seiring dengan usia perniagaan dan penguasaan pasaran.

Sebelum kami terlupa, dokumentasi untuk pendaftaran kategori enterprise adalah dengan membawa salinan kad pengenalan dan sekiranya anda mendaftar kategori perkongsian, kesemua pekongsi kena hadir dan bawak salinan kad pengenalan. Jumlah fee yang di kenakan adalah RM40.60 bagi yang menggunakan tanda nama sendiri, RM70.60 bagi yang gunakan tanda nama trade. Sediakan cadangan nama yang hendak di daftarkan. Hadir ke pejabat SSM terdekat untuk buat pendaftaran. Bagi yang jauh dari pejabat SSM boleh semak jadual kaunter bergerak oleh SSM.

Tip yang kami nak kongsikan adalah bagaimana anda hendak dapatkan idea untuk cipta nama trade? Kaedah pertama anda boleh mulakan dengan buat carian di google dengan menaip ” company name generator” . Anda boleh menaip sebarang perkataan dan laman web berkenaan akan memberi cadangan. Tetapi ianya terhad kepada perkataan inggeris. Ada satu lagi website yang kami suka guna adalah Namelix. Banyak pilihan di sediakan selepas kita menaip perkataan yang kita suka. Gunakan kombinasi website ini untuk hasilkan nama yang bagus. Nama www.Chartkeepers.com yang di reka untuk servis juruakaun adalah hasil dari carian di laman web berkenaan. Nama inggeris sangat sesuai bagi anda yang bercita-cita untuk ke pasaran antarabangsa ataupon ingin naikkan tanggapan nilai perniagaan anda.

Kaedah mencipta nama perniagaan yang unik adalah mula-mula anda taip sebarang perkataan di namelix. Pada laman web berkenaan akan di paparkan kombinasi perkataan dan juga cadangannya. Jangan ambil bulat-bulat dari laman web ini. Ini adalah kerana kita tidak tahu adakah perkataan berkenaan sudah di trademarkkan atau belum. Bab ini nanti ada kesempatan kami akan kongsikan. Setelah dapat perkataan yang di minati, gunakan pula carian perkataan di Laman web ” company name generator” yang pada perenggan atas sudah di maklumkan. Di laman web ini anda boleh lihat kombinasi 2 perkataan. Lihat dan dapatkan idea berdasarkan cadangan kombinasi yang di berikan. Hasil dari carian ini cuba taip di google untuk pastikan perkataan baru yang anda reka kurang di gunakan. Cuba juga buat carian di facebook. Kalu sangat sikit yang di gunakan, anda boleh gunakan nama tersebut. Senaraikan 10 cadangan nama tersebut dan susun ikot keutamaan dan bawak semasa hendak daftarkan pernigaan anda.

Sekiranya anda ingin memilih perkataan bahasa melayu dan tiada idea, anda boleh ke SSM untuk dapatkan senarai kombinasi yang biasa di gunakan untuk pendaftaran perniagaan di Malaysia. Proses pendaftaran oleh SSM hanya memakana masa sehari dan kalu ikotkan KPI yang di tetapkan proses hanya memakan masa beberapa jam sahaja.

Proses seterusnya anda perlu buat cop rasmi untuk perniagaan anda. Cop ini anda akan gunakan untuk membuka akaun bank nanti dan untuk urusan rasmi perniagaan anda.

Bagi yang serius berniaga anda perlu usahakan untuk membuka akaun semasa bank. Boleh asingkan sedikit dari keuntungan perniagaan untuk membukanya. Tapi sekiranya berkemampuan terus ke bank untuk membuka akaun. Untuk membuka akaun semasa perlukan deposit untuk membuka akaun dan jumlahnya bergantung pada bank serendah RM500 hingga RM2000. Duit perlu di asingkan bagi memudahkan proses mengenal pasti bisnes anda berada di tahap untung atau rugi. Sekiranya sudah di campur dengan wang lain bagaimana?, jadi harus asingkan. Dalam memilih akaun bank yang sesuai harus mengikut kesesuaian jenis perniagaan anda. Bagi peniagaan online boleh gunakan CIMB kerana depositnya lebih rendah berbanding Maybank. Tapi sekiranya tidak mampu lagi untuk keluarkan deposit sebanyak itu, dan mahu membuka akaun bank juga boleh gunakan alternatif lain dan setakat yang kami tahu alliance bank atau ambank depositnya hanya RM500 sahaja. Tips tambahan, bagi perniagaan trading yang bermain dengan volume yang mana suatu hari nanti anda berkemungkinan perlukan modal tambahan, dan perlukan kemudahan pembiayaan, makanya anda harus buat servey terlebih dahulu bank mana yang mempunyai produk yang bagus dan anda boleh buka akaun di bank berkenaan. Kerana bila anda buka akaun di bank berkenaan, mereka ada akses status akaun bank anda.

Bila anda boleh mulakan perniagaan anda? Sejurus selepas anda mendaftarkan perniagaan anda. Dan yang mana lebih teliti bab kewangan dan lebih cantik adalah sejurus selepas anda membuka akaun semasa bank.

Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda dalam memulakan perniagaan anda. Mulakan dengan betol, inshaAllah akan memudahkan proses perkembangan perniagaan anda. Berkawan-kawan dengan orang berniaga, akauntan dan konsultan penubuhan syarikat Sdn Bhd. Mereka ini mampu beri input bab cukai dan perkembangan bisnes pada anda. Sekiranya anda masih ragu-ragu boleh juga hubungi kami untuk dapatkan konsultansi secara PERCUMA.

#chartkeepers
#accountant
#juruakaun
#laporankewangan
#akauntan
#Millionmind4u
#kelebihanlaporankewangan
#mdec #mara #tekun
#usahawan #eusahawan
#daftarsyarikat

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply