CARA DAFTAR PERNIAGAAN DI KULIM KEDAH

Bagi usahawan baru yang ingin mendaftar perniagaan boleh memohon di mana-mana kaunter SSM berdekatan atau melalui dalam talian di ezbiz.ssm.com.my.

Bagi usahawan baru yang ingin mendaftar perniagaan boleh memohon di mana-mana kaunter SSM berdekatan atau melalui dalam talian di ezbiz.ssm.com.my.

DAFTAR SYARIKAT DI KAUNTER SSM

Bagi usahawan Kulim Kedah yang ingin memulakan perniagaan, anda boleh terus berdaftar di pejabat SSM yang terdekat. Bagi pemohon sekitar kulim cawangan terdekat yang boleh dikunjungi bertempat di seberang jaya.

Cawangan Penang

Muhd Nasir bin Mahmood
Tingkat 6-7, Bangunan KWSP,
No. 3009, Off Leboh Tenggiri 2,
Bandar Seberang Jaya,
13700 Pulau Pinang.

Waktu Operasi :

Isnin – Jumaat

8.15 am – 4.15 pm

Talian untuk dihubungi :

Tel: 04-397 7793
Fax: 04-397 7713
Hotline: 04-397 7793
E-mail : mnasir[at]ssm.com.my

Pihak SSM juga telah membuka kaunter bergerak bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkesan. Jika sebelum ini kaunter bergerak SSM akan bertapak di sekitar kawasan Kulim bagi sebarang bantuan yang diperlukan oleh pengguna di Kulim Kedah.

Sekarang ini pihak SSM tidah lagi membuka kaunter bergerak di Kulim, tetapi jika pemohon ingin mendapatkan perkhidmatan kaunter bergerak SSM boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut di kaunter bergerak SSM yang terdekat.

Bagi kawasan kulim  kaunter bergerak yang paling terdekat adalah Sungai Petani kedah. Untuk mengetahui maklumat mengenai kaunter bergerak disekitar Sungai Petani, pemohon boleh rujuk jadual kaunter bergerak SSM.

http://www.ssm.com.my/en/brmc-calendar



DAFTAR SYARIKAT SECARA ONLINE DENGAN SSM

Kini anda boleh mendaftar perniagaan atau bisnes baru serta memperbaharui perniagaan secara online dengan mudah dan pantas melalui perkhidmatan ezbiz online di laman web SSM. Ia mudah digunakan dan menjimatkan masa.

Pertama sekali, anda perlu daftar sebagai pengguna portal ezbiz (ezbiz.ssm.com.my ) menggunakan alamat emel yang sah. Cara-cara mendapatkan ID bagi ezbiz online:

  1. Daftar sebagai pengguna portal di ezbiz.ssm.com.my menggunakan emel yang sah;
  2. Hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna;
  3. Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup); dan
  4. Urusan selesai dan boleh gunakan ezbiz online serta merta.

Setelah selesai segala urusan, anda boleh menggunakan ezbiz online untuk pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online. Sebelum itu anda mesti melengkapkan  Borang  Pendaftaran  Perniagaan  Baru  (Borang  A). Maklumat yang diperlukan dalam Borang A adalah seperti berikut:

  1. Nama perniagaan
  2. Tarikh permulaan perniagaan
  3. Alamat utama perniagaan
  4. Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
  5. Maklumat pemilik dan rakan kongsi
  6. Jenis perniagaan yang akan dijalankan
  7. Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  8. Nama Tred

Dokumen yang perlu dilampirkan:

  1. Salinan kad pengenalan pemilik/rakan kongsi
  2. Surat Kebenaran atau Surat Sokongan bagi jenis perniagaan Taska  (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Tadika, Pusat Tuisyen, Sekolah/Kolej Pendidikan (Kementerian/Jabatan Pendidikan)
  3. Surat kebenaran atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan.



PENUBUHAN SYARIKAT SDN BHD

Penubuhan syarikat Sdn Bhd boleh di lakukan sendiri oleh usahawan. Setiap pemohon yang memohon Syarikat Sdn Bhd dan telah berjaya mendapatkan kelulusan daripada pihak SSM, Syarikat Sdn Bhd diwajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang setiausaha syarikat bertauliah dalam masa 30 hari dari tarikh kelulusan untuk menguruskan hal ehwal penubuhan, mesyuarat, dokumentasi dan litigasi di antara syarikat dengan pihak SSM. Untuk melancarkan proses penubuhan dari peringkat awal, DI GALAKKAN untuk menggunakan khidmat setiausaha syarikat dari peringkat awal penubuhan.

Perlantikan setiausaha syarikat merupakan sebahagian daripada keperluan undang-undang menurut Akta Syarikat 1965 – di mana setiap syarikat perlu melantik sekurang-kurangnya satu setiausaha (syarikat dibolehkan melantik lebih daripada satu setiausaha).

Bagi pemilik syarikat disekitar kulim dan penang boleh mendapatkan perkhidmatan setiausaha syarikat yang berkesan dengan syarikat setiausaha kami, Millionmind Business Solution Sdn Bhd. Syarikat kami telah membuka cawangan di Kulim Hitech untuk membantu para usahawan kulim dan kawasan-kawasan terdekat.

Millionmind Business Solution Sdn. Bhd. menjadi total solusi untuk pengurusan dan penubuhan syarikat. Millionmind juga mahu seiring dengan usahawan agar usahawan sentiasa mematuhi undang-undang yang telah digariskan dan dapat berkembang dengan baik seterusnya dapat menyumbang kepada pertubuhan ekonomi Negara. Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah :-

  • Penubuhan Syarikat Sdn Bhd.
  • Penubuhan Syarikat Perkongsian Liabiliti Terhad.
  • Kemaskini dan Penyediaan Laporan Kewangan.
  • Konsultansi bagi Laporan Kewangan yang di sediakan.
  • Pengurusan Kerja Audit dan Percukaian.
  • Setiausaha Syarikat.
  • Khidmat Nasihat Pengurusan Perniagaan.
  • Latihan Keusahawanan.
  • Latihan Berkaitan Permulaan Perniagaan.
  • Perbaharuan enterprise

Setiausaha Syarikat juga merupakan ahli syarikat yang mustahak di dalam pelaksanaan perolehan korporat, penjualan dan penggabungan, selain menjamin kepentingan syarikat dalam memastikan keberkesanan segala dokumentasi, memastikan pendedahan sewajarnya, membolehkan penilaian komersial dilakukan dengan teratur sebelum melengkapkan urusniaga, memastikan dokumentasi dilengkapkan tepat pada masanya dan sebagainya.

Akhir kata, adalah menjadi keperluan undang-undang mandatori bagi setiap syarikat melantik sekurang-kurangnya satu Setiausaha Syarikat. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan di dalam melantik Setiausaha Syarikat.

Lokasi :

No. 10-23A, Tingkat 10, Kenwingston Business Centre, Persiaran Bestari, Cyber 9, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Atau hubungi kami di talian :-

0176476900 – Pegawai Pemasaran (En. Firdaus)

Berminat menubuhkan syarikat?

Leave a Reply