ENTERPRISE VS SDN BHD

Kebiasaan usahawan yang dah berniaga lebih dari 2 tahun akan ada dilema ini. Ye lah, bila rakan-rakan bisnes dah pakat upgrade, maka diri ni pon ada lah rasa, ” aku bila lagi….”. Dalam membuat keputusan, kadang-kadang usahawan tanpa melihat data kewangan perniagaan cenderung untuk membuat keputusan secara terburu-buru.

Ramai usahawan yang tidak simpan rekod jualan sedangkan segala maklumat transaksi perniagaan wajib simpan dan di kemaskini. Rekod jualan antara maklumat yang kita boleh gunakan sebagai “indicator” untuk kita buat keputusan. Dan bagi usahawan yang transaksinya tunai lebih mudah untuk membuat keputusan ini berdasarkan angka jualan

(more…)

0 Comments

SYARIKAT INDUK, ANAK SYARIKAT & SYARIKAT BERSEKUTU

BILA anda memerlukan lebih dari satu syarikat untuk perniagaan anda boleh gunakan konsep di bawah.KETIGA-TIGA NYA adalah syarikat Sdn Bhd, walaubagaimanapon jenis syarikat ini berkait rapat dengan struktur dalam kumpulan perniagaan dan terma yang di gunakan adalah mengikut tiga jenis syarikat Sdn bhd berikut seperti penerangan di bawah. Keperluan anda untuk memiliki lebih dari satu syarikat adalah bergantung kepada strategi perniagaan anda dan juga pengurusan risiko. Ada kelebihan dan kekurangan bila anda praktis sistem induk – anak syarikat atau lain-lain struktur. Sewaktu perlaksanaan, sila nilai dan dapatkan khidmat pakar sebelum anda membuat apa-apa keputusan.

(more…)

0 Comments

SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD, CIRI-CIRINYA

Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad iaitu tanggungan pemilik perniagaan terhad kepada modal yang dilaburkan dalam perniagaan sahaja.Boleh di daftarkan sendiri oleh pemohon. Tapi selesai sahaja anda mendapat kelulusan penubuhan perlu melantik setiausaha syarikat…

0 Comments

SETIAUSAHA SYARIKAT

TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SYARIKAT DEFINISI | Sebelum berkongsi panjang berkenaan tanggungjawab setiausaha syarikat, setiausaha syarikat adalah individu atau syarikat yang menjadi tulang belakang dalam penubuhan dan dokumentasi penubuhan syarikat Sdn Bhd. Dalam erti kata lain setiausaha syarikat pada masa peringkat awal mereka terlibat dengan menubuhkan syarikat yang di kehendaki dan menyiapkan segala dokumentasi yang berkaitan untuk di serah simpan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Bermula saat itu maka tugas sebagai setiausaha syarikat berjalan.

TANGGUNGJAWAB | Setiausaha syarikat berperanan dalam membimbing dan memberi panduan nasihat kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan syarikat sdn bhd dan juga lembaga pengarah. Untuk makluman pengarah berfungsi untuk mengerakkan bisnes yang di jalankan. Makanya apa-apa ketidakpatuhan akan di pertanggungjawabkan atas pengarah. Jadi setiusaha syarikat bertanggungjawab membimbing pengarah terhadap pematuhan syarikat Sdn Bhd.

(more…)

0 Comments

ENTITI PERNIAGAAN

PEMILIKAN TUNGGAL / ENTERPRISE Nama lain begi entity perniagaan ini adalah Enterprise, dan ada sesetengahnya menyebut lesen SSM.Pemilikan tunggal dikawal dan dimiliki oleh seorang individu sahaja.Pemilikan tunggal bukan entiti undang-undang berasingan dan menanggung…

0 Comments
Close Menu